Inilah Jawapan Fabinho Tentang Nombor Jersi Di Old Trafford

Inilah Jawapan Fabinho Tentang Nombor Jersi Di Old Trafford|PEMAIN tengah sensasi AS Monaco, Fabinho ditanya sekali lagi tentang prospek untuk menyertai Manchester United dan nombor jersi yang bakal disarungnya di Old Trafford.

Inilah Jawapan Fabinho Tentang Nombor Jersi Di Old Trafford

Pemain berusia 23 tahun itu hangat diperkatakan akan menyertai United apabila memainkan watak penting memacu Monaco sepanjang kempen Ligue 1.

Malah peranannya ketika menyingkirkan Manchester City pada pusingan 16 pasukan Liga Juara-Juara, memikat banyak kelab termasuk United.

Dia pernah beraksi di bawah Jose Mourinho di Real Madrid dan dikhabarkan mahu kembali bergandingan dengan pengurus kelahiran Portugal itu di Old Trafford.

Ketika diwawancara oleh ESPN Brazil, Fabinho ditanya tentang masa depannya untuk menyertai United dan pilihan nombor jersi bersama Red Devils.

"Buat masa ini, saya masih memakai jersi Monaco.

"Pelawaan menyertai United memang menarik tetapi saya perlu berbincangan dengan ejen dan kelab untuk membuat keputusan.

"Ia (United) merupakan kelab yang hebat dan pasti saya akan memikirkan tentangnya," kata Fabinho, enggan mengulas lanjut tentang nombor jersi yang mahu disarungnya. - MANCHESTER EVENING NEWS

No comments

Powered by Blogger.