Alexandre Lacazette Sah Milik Kelab Arsenal

Alexandre Lacazette Sah Milik Kelab Arsenal|MESTI ramai masih tertanya-tanya siapa Alexandre Lacazette yang baru dibeli oleh Arsenal, semalam. Pembelian pemain berusia 26 tahun itu dari kelab Olympique Lyonnais dengan yuran perpindahan mencecah 60 juta euro (RM292.31 juta) adalah yang tertinggi pernah dibelanjakan oleh The Gunners.

Alexandre Lacazette Sah Milik Kelab Arsenal

Alexandre Lacazette ialah pemain bahagian serangan pasukan kebangsaan Perancis menandatangani kontrak untuk lima tahun.

Pemain berkenaan dilaporkan mempunyai kemahiran penyudah yang tajam, selain mempunyai kualiti teknik dan karakter yang kuat.

Kehadiran Alexandre dijangka dapat mengatasi masalah kelesuan di bahagian serangan Arsenal yang terlalu bergantung kepada Alexis Sanchez, Mesut Ozil dan Olivier Giroud.

Alexandre yang mempunyai 11 cap peringkat antarabangsa bersama Perancis telah menjaringkan sekurang-kurangnya 20 gol bagi setiap musim untuk tempoh tiga musim berturut-turut dan beraksi 37 daripada 45 perlawanan Lyon dan membantu kelab itu berada di tempat keempat Ligue 1 serta layak ke separuh akhir Liga Europa.

Para penyokong Arsenal bakal melihat aksi pertama bintang baharu itu di Sydney kerana dia dijangka menyertai jelajah berkenaan dan kemunculan sebenar pada 29 atau 30 Julai untuk Piala Emirates.

Alexandre mempunyai dua tahun baki kontrak dengan Lyon sebelum ini turut dikaitkan untuk berpindah ke kelab Sepanyol, Atletico Madrid, tetapi dibatalkan.

Rekod peribadi jaringan Alexandre adalah pada musim lalu iaitu 28 gol dan mencatat gol ke-100 sejak dia menjejaki kaki ke Lyon.

Beliau berada di tempat keempat penjaring terbanyak sepanjang zaman Lyon iaitu di belakang Serge Chiesa, Bernard Lacombe dan Fleury Di Nallo.

Beliau pemain yang dilahirkan oleh Akademi Lyon sebaris dengan para pemain era gemilang seperti pemain pertahanan Barcelona, Samuel Umtiti dan pemain tengah Bayern, Corentin Tolisso. Nama besar yang lahir daripada akademi yang sama ialah Karim Benzema.

Dengan ketiadaan Sanchez yang dikaitkan berpindah ke Manchester City, Alexandre mungkin akan mengisi slot berkenaan.

Lyon pula telah memborong penyerang Chelsea, Bertrand Traore dari Burkina Faso untuk lima tahun kontrak dan Mariano Diaz dari Real Madrid untuk mengukuhkan kembali jentera serangan. - AGENSI

No comments

Powered by Blogger.