Dollah Salleh Sah Digantung 18 Bulan Oleh FAM

Dollah Salleh Sah Digantung 18 Bulan Oleh FAM|KINI, Jurulatih Pahang, Dollah Salleh dikenakan hukuman oleh FAM kerana melanggar peraturan badan induk itu. Menerusi siaran media mereka, Dollah dihukum kerana melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM dengan dibaca dengan Artikel 88.

Dollah Salleh Sah Digantung 18 Bulan Oleh FAM

Ia merupakan kesalahan yang dimana Dollah telah mengeluarkan kenyataan negatif terhadap FAM dihadapan media secara terus atau inuendo serta memberi kesan buruk kepada FAM.

Dollah juga disabit kesalahan kerana mengecam urusan pentadbiran FAM dan Liga Malaysia ketika perlawanan FELDA United menentang Pahang pada 1 Julai 2017.

Oleh itu, Dollah digantung selama 18 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak anjuran FAM dengan denda sebanyak RM30 ribu.

Akan tetapi, Dollah digantung dengan 2 fasa iaitu fasa pertama hukuman bermula pada 21 Julai 2017 hingga 20 April 2018 dan fasa kedua hukuman bermula pada 21 April 2018 hingga 20 Januari 2019.

Hukuman boleh dirayu dengan baki 9 bulan kedua akan ditangguh bergantung kepada kelakuan baik Dollah. Jika terdapat kesalahan berulang, hukuman 9 bulan kedua itu akan diteruskan serta merta.

Selain itu, terdapat beberapa lagi individu yang turut dihukum oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM. Antaranya adalah bintang FELDA United, Zah Rahan Krangar.

Berlaku pada perlawanan yang sama, Zah Rahan disabit hukuman kerana meludah pemain lawan menerusi Artikel 50.1(e) dan dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM. Hasilnya, beliau dihukum gantung 6 perlawanan serta denda RM1 ribu.

Akan tetapi, beliau sudah dikira gantung 2 perlawanan selepas menjalani pergantungan ketika menentang Sarawak (11 Julai 2017) dan Perak (22 Julai 2017). Baki perggantungan 4 perlawanan akan dijalankan selepas menerima rayuan pemain tersebut dan kelakuan baik Zah Rahan.

Selain itu 4 lagi individu turut mendapat penghakiman dari FAM, mereka adalah:

Aizzat Koty – Skuad Presiden PKNP FC (Bertindak menendang paha pemain dengan sengaja ketika perlawanan menentang skuad Presiden PKNS FC – digantung 2 perlawanan dan denda RM3 ribu)

Hafiz Noor – Skuad Presiden PKNS FC (Menumbuk pemain skuad Presiden PKNP FC di bahu kiri – digantung 2 perlawanan dan denda 3 ribu)

Zamri Arif – Jurulatih penjaga gol PKNP FC (berlaku kasar terhadap pemain lawan dan mereka yang selain daripada pegawai perlawanan – tuduhan digugurkan)

Ashazar Yahya – Jurulatih penjaga gol PKNS FC (berlaku kasar terhadap pemain lawan dan mereka yang selain daripada pegawai perlawanan – tuduhan digugurkan)

No comments

Powered by Blogger.