JDT Mahu Pertahan Liga Super, Juara Piala Malaysia

JDT Mahu Pertahan Liga Super, Juara Piala Malaysia|PEMAIN pasukan JDT kini menyatakan hasrat betapa mereka mahu memenangi kesemua perlawanan yang dihdapi tidak kira sama ada membabitkan Liga Super ataupun Piala Malaysia, musim ini. Penyerang import Harimau Selatan, Gabriel Guerra berkata, mereka telah melakukan sehabis baik untuk perlawanan bertemu Sarawak malam tadi.

                 JDT Mahu Pertahan Liga Super, Juara Piala Malaysia

"Kini kami perlu bersedia untuk menghadapi perlawanan seterusnya. Para pemain mahukan kemenangan, tidak kira perlawanan itu membabitkan Liga Super ataupun Piala Malaysia.

"Kami akan melakukan yang terbaik untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super dan memenangi Piala Malaysia," katanya dalam kenyataan di Facebook JDT, hari ini.

Pada aksi pembukaan Piala Malaysia 2017 malam tadi, anak buah Ulisses Morais membelasah Sarawak dengan keputusan 4-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos. Mengulas mengenai prestasinya, penyerang dari Argentina itu berkata, dia tidak mempunyai sebarang rahsia untuk mempamerkan aksi perlawanan yang bertenaga dalam setiap perlawanan.

"Saya hanya menjalani sesi latihan setiap hari dan mengikut arahan yang diberikan oleh jurulatih. JDT mempunyai ramai pemain yang hebat, oleh itu agak mudah bagi saya untuk menyesuaikan diri dalam setiap perlawanan.

"Mengenai Natxo Insa, pada saya beliau merupakan seorang pemain yang sangat hebat," katanya. Sementara itu Morais berkata, pemainnya telah menunjukkan prestasi yang baik ketika bertemu Sarawak sekali gus memberikan tiga mata penting untuk pasukan.

"Mereka telah bermain dengan baik khususnya pada 70 minit yang pertama. Kami akan bermain dengan lebih baik untuk perlawanan-perlawanan seterusnya. Saya juga amat berpuas hati dengan penggiliran permainan antara pemain.

"Seterusnya bertemu Terengganu pada 7 Julai ini juga amat penting bagi saya. Selepas itu kami akan memberikan tumpuan kepada perlawanan bertemu pasukan Pahang pada 11 Julai ini.

"Bagaimanapun saya tidak risau kerana JDT mempunyai banyak pemain yang berkualiti. Saya dapat melakukan sistem penggiliran pemain dengan kerap. Buat masa ini keadaan fizikal para pemain juga semakin baik," jelasnya.

No comments

Powered by Blogger.