Peter De Roo Dilantik Sebagai Pengarah Teknikal FAM

Peter De Roo Dilantik Sebagai Pengarah Teknikal FAM|KINI, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melantik Peter De Roo, berasal dari Belanda sebagai Pengarah Teknikal yang baharu dan bakal memulakan tugas beliau pada 1hb September 2017.

Peter De Roo Dilantik Sebagai Pengarah Teknikal FAM

Beliau bermain secara profesional di Belanda selama 12 tahun bersama kelab BV Veendam dan SC Cambuur. Selepas menamatkan karier sebagai pemain bola sepak, beliau telah melibatkan diri dalam bidang kejurulatihan dan telah dilantik sebagai Pangarah Teknikal kepada kelab Cambuur Leeuwarden.

Pada tahun 2009, beliau telah berhijrah ke Australia dan telah dilantik sebagai Pengarah Teknikal Pusat Kecemerlangan Persatuan Bolasepak Australia, Institut Sukan Australia (FFA) dan pasukan kebangsaan Australia Bawah-16 dan Bawah-17 pada tahun 2012.

Beliau yang memiliki lesen khas untuk melatih pemain muda elit dari Persatuan Bolasepak Belanda, lesen AFC Pro Diploma serta Lesen Bolasepak Bersyarat dari Persatuan Bolasepak Australia telah membawa pasukan kebangsaan Australia Bawah-17 ke peringkat separuh akhir Kejohanan AFC Bawah-16 pada tahun 2014 di Thailand sekaligus melayakkan diri ke Piala Dunia FIFA 2015 Bawah-17.

Kejohanan yang berlangsung di Chile itu telah menyaksikan beliau berjaya membawa pasukannya layak ke peringkat 16 pasukan terbaik pada tahun tersebut.

No comments

Powered by Blogger.