Presiden JDT FC, YAM Tun Aminah Bakal Berkahwin 14 Ogos Ini

Presiden JDT FC, YAM Tun Aminah Bakal Berkahwin 14 Ogos Ini|AKHIRNYA Sultan Johor, baginda Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah mengumumkan puteri baginda, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinan pada 14 Ogos 2017.

Presiden JDT FC, YAM Tun Aminah Bakal Berkahwin 14 Ogos Ini

Dipetik dari facebook Sultan Ibrahim, Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Dato’ Abdul Rahim Ramli membuat pengumuman:

“YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinan dengan Dennis Muhammad Bin Abdullah di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada 14 Ogos 2017 ini.”

“DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah telah memberi perkenan dan restu untuk Tunku Tun Aminah melangsungkan perkahwinannya,”

“Dalam satu sidang media di Bukit Timbalan hari ini (16 Julai), beliau berkata istiadat pertunangan akan diadakan pada jam 10 pagi di Istana Bukit Serene, diikuti dengan istiadat nikah.”

“Tuanku Sultan berkenan mewakilkan Mufti Negeri Johor, Dato’ Haji Muhammad Tahril Bin Dato’ Shamsudin sebagai wali.”

“Istiadat perkahwinan pasangan Pengantin DiRaja ini akan dilaksanakan dengan penuh istiadat Melayu dan budaya Istana Johor,” kata Dato’ Abdul Rahim.”

“Beliau berkata istiadat persandingan akan diadakan di Bilik Singgahsana Istana Besar Johor Bahru disebelah malam pada hari yang sama.”

“Dennis, seorang warganegara Belanda memeluk agama Islam pada 31 Mei 2015. 2015.”

Pengumuman ini turut dikongsi di laman facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers.

Tahniah YAM Tunku Tun Aminah!

No comments

Powered by Blogger.