Simone Del Nero Bekas Pemain Import JDT Bakal Buka Akademi di Italy

Simone Del Nero Bekas Pemain Import JDT Bakal Buka Akademi di Italy|Bekas pemain import kelab Johor Darul Ta’zim, (JDT) Simone Del Nero telah tiba di negeri Johor untuk melawat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), pasukan yang disertainya pada tahun 2013 bersama bekas pemain skuad kebangsaan Sepanyol, Daniel Guiza.
Simone Del Nero Bekas Pemain Import JDT Bakal Buka Akademi di Italy

Beliau begitu teruja melihat kemudahan JDT yang semakin canggih sehingga menitiskan air mata apabila tidak mempercayai bahawa kelab yang disertainya dahulu telah berkembang dengan begitu cepat.

Beliau juga menyifatkan pembangunan terkini di JDT ini jelas berbeza berbanding ketika beliau bermain di sini dahulu di mana hanya ada satu ambulans, satu bilik air dan satu paip sahaja untuk membersihkan diri selepas latihan.

Menurut Simone Del Nero, perkembangan JDT yang pantas ini sedang berada di landasan yang betul untuk dikenali di seluruh dunia. Pemain yang bermain dengan kelab Itali, Massese ketika ini turut mengatakan akan membuka sebuah akademi bola sepak di Carrera, Itali milik beliau dan akan meletakkan logo JDT di akademi tersebut simbolik kepada mengenang jasa JDT yang banyak membantu karier bola sepak beliau.

Secara tidak langsung, sebuah akademi bola sepak yang menggunakan lambang JDT milik Simone Del Nero akan berada di tengah bandar Itali pada masa akan datang.

Selamat maju jaya kepada Simone Del Nero!

No comments

Powered by Blogger.