TSAM Mahukan FMLLP Berhenti Berdolak Dalik Mengenai Isu Pendaftaran Seydi

TSAM Mahukan FMLLP Berhenti Berdolak Dalik Mengenai Isu Pendaftaran Seydi|TAHUKAH anda Tan Sri Annuar Musa masih tidak berputus asa untuk cuba mendaftarkan Seydi El Imam ke dalam pasukan Kelantan. Ini berikutan aksi hambar oleh Celin. Namun untuk pengetahuan semua, jendela perpindahan pertengahan musim sudah ditutup. Jadi, agak mustahil untuk melihat perkara itu berlaku.

TSAM Mahukan FMLLP Berhenti Berdolak Dalik Mengenai Isu Pendaftaran Seydi

Sebelum ini, pihak FMLLP mengarahkan KAFA melunaskan tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan beberapa cukai.

Dek kerana kegagalan ini, dokumen yang disertakan KAFA untuk mendaftarkan pemain import kedua dalam jendela perpindahan Jun dianggap tidak lengkap.

Tan Sri Annuar Musa sebelum ini membidas FMLLP yang dianggap beliau seakan-akan cuba melemahkan pasukan Kelantan. Ini kerana mereka terpaksa menyimpan pemain yang tidak cergas seperti Celin.

Dalam muatnaik status beliau malam semalam, Tan Sri Annuar Musa bersuara sekali lagi. Beliau ingin tahu, adakah FMLLP akan membenarkan pendaftaran Seydi jika KAFA berjaya mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap.

Antaranya ialah dokumen yang menunjukkan semua tunggakan KWSP dan LHDN dibayar. Beliau berkata:

“KAFA tolong tanya FMLLP apakah kiranya KAFA berjaya melunaskan tunggakan KWSP, LHDN dan lain-lain atau mendapat surat clearance maka FMLLP akan membenarkan KAFA dan meluluskan pendaftaran Seydi El Imam tanpa alasan lagi.”

“Biar jelas!”

TSAM: “Tiada istilah give-up dalam kamus anak Kelantan!”

Tan Sri Annuar Musa juga memberitahu yang mereka akan cuba sedaya upaya untuk memastikan Syedi Imam dapat didaftarkan.

“Jika ia benar, kami rakyat Kelantan akan bersusah payah (struggle) dan usahakan (untuk melunaskan tunggakan / mendapat surat clearance).”

“Insha Allah. ‘Give up’ (berputus asa) tidak ada dalam istilah kamus kami anak Kelantan. Sila nyatakan, jika ia benar. Jangan berdolak dalik lagi.”

No comments

Powered by Blogger.