Wajah Mirip Pemain Import JDT Natxo Insa Menjadi Tular

Wajah Mirip Pemain Import JDT Natxo Insa Menjadi Tular|SEIRAS ke? Sekali pandang mungkin ada di kalangan peminat bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) merasa teruja dan bertuah kerana dapat bertemu dengan pemain import pasukan itu, Ignacio 'Natxo' Insa Bohigues.

Wajah Mirip Pemain Import JDT Natxo Insa Menjadi Tular

Gambar pemain dari Sepanyol itu kononnya berada di pusat membeli-belah Econsave, Pontian menjadi tular baru-baru ini.

Namun lelaki yang dimaksudkan itu hanyalah seorang pekerja di pusat membeli-belah tersebut yang dikatakan mirip pemain tersebut.

Ada di kalangan netizen menyifatkan lelaki tersebut sememangnya mirip pemain tengah JDT itu.

Mana Mirza berkata:"Hahaha sebiji."

Din Misai berkata:"Pelanduk dua serupa."

Lelaki didakwa miri Natxo.
Malah, ada di antara netizen yang turut menjadikan gambar tersebut sebagai bahan gurauan.

Muhammad Marwan berkata:" Hahaha... boleh minta sain ni."

Dalam pada itu, beberapa pengguna Facebook turut berkongsi bahawa mereka turut mempunyai beberapa rakan yang turut mempunyai wajah seiras Natxo.

Toty Sherrif berkata:"Kawan saya pun ada iras-iras macam dia ni, Asid Azali orangnya.

Aie Saat berkata:"Kawan aku Hairi Omar pun muka sama macam Natxo Insa."

Natxo yang pernah menyarung jersi Villarreal CF, Celta Vigo dan Real Zaragoza menyertai JDT pada 6 Jun lalu.

Pemain berusia 31 tahun itu berjaya memikat hati skuad Harimau Selatan selepas membantu pasukan Levante layak beraksi di pentas La Liga.

Sumber: mstar

No comments

Powered by Blogger.