Presiden FAM Gembira JDT Dapat Banyak Penaja Baru Dan Ada Dari Antarabangsa

Presiden FAM Gembira JDT Dapat Banyak Penaja Baru Dan Ada Dari Antarabangsa|DALAM Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), bagi saya JDT bukan hanya ada satu pemilik tetapi ada empat juta pemilik iaitu semua rakyat bangsa Johor Darul Ta'zim dan juga penyokong JDT yang berada dari negeri-negeri lain.

Presiden FAM Gembira JDT Dapat Banyak Penaja Baru Dan Ada Dari Antarabangsa

"Saya hanya tukang yang menjaganya sahaja. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan kepada penyokong JDT dimana saya berasa amat bangga, terharu dan bersyukur kerana esok akan diadakan program pelancaran rekabentuk rasmi dan permulaan pembinaan stadium kita dan akan mula dibina pada minggu hadapan.

"Majlis pelancaran ini akan dihadiri oleh empat penaja besar dan juga beberapa syarikat antarabangsa yang akan bersama-sama dengan kita esok yang turut menunjukkan minat untuk memberikan penajaan kepada JDT.

"Ini secara tidak langsung menunjukkan misi dan visi JDT telah berjaya membuka mata banyak pihak dan lebih membanggakan lagi dapat menarik minat pelabur besar bukan sahaja dari dalam negara tetapi juga di tahap global.

"Dalam masa yang sama, kami telah mendapat ramai lagi penaja baru bertaraf antarabangsa yang telah menyatakan hasrat mereka untuk menaja kelab JDT bagi memperkukuhkan kewangan kelab.

"Walaubagaimanapun perkara ini semua tidak akan berlaku tanpa sokongan dari penyokong JDT dan juga para penyokong JDT dan saya di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Selangor, Melaka, Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, WP Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perlis.

"Dengan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada anda semua. Semoga anda semua maju jaya. Selamat malam kepada semua penyokong JDT di seluruh dunia. Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh."

- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

No comments

Powered by Blogger.