Pemain Import Yusef Elias Tidak Disenarai Untuk TRW

Pemain Import Yusef Elias Tidak Disenarai Untuk TRW|PETALING JAYA: Selepas pengenalan penggunaan kuota seorang pemain Asean bagi setiap pasukan Liga Super bermula 2018, nama Yusef Elias Dolah disebut-sebut bakal menyarung jersi skuad The Red Warriors (TRW).

Pemain Import Yusef Elias Tidak Disenarai Untuk TRW

Malah, pemain pertahanan kacukan Thailand-Sweden itu yang kini beraksi bersama kelab Liga 1 Thailand, Port FC antara nama yang disenaraikan dalam gosip perpindahan pemain membabitkan pasukan Kelantan.

Khabar angin itu ternyata menerima reaksi positif di kalangan penyokong TRW yang menyifatkan Elias sebagai seorang pemain yang memiliki fizikal mantap bagi memperkukuh benteng pertahanan pasukan itu.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Bibi Ramjani Ilias Khan berkata badan induk bola sepak negeri itu tidak pernah mengemukakan sebarang tawaran kepada Elias.

"Khabar angin mengenai Elias tak benar. Dia memang tiada dalam senarai Kafa.

"Lagipun dia tak menepati syarat yang ditetapkan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP)," katanya kepada mStar Online.

Sathit memuatnaik gambarnya bersama Elias di Facebook bulan lalu.

Jelas Bibi, gosip tersebut timbul kerana pemangku jurulatih TRW, Sathit Bensoh pernah memuatnaik gambar bersama Elias di laman Facebooknya bulan lalu.

"Kalau tak silap saya mereka kenal satu sama lain... ada hubungan kekeluargaan," katanya.

Pemain berusia 24 tahun itu pernah beraksi dengan kelab divisyen satu Lunds BK dan FC Rosengard di Sweden.

Pada musim 2015-2016 Elias kembali ke Thailand memperkuat Songkhla United dan mengikat kontrak bersama Port FC musim ini.

Ditanya mengenai teka-teki pemain import yang bakal diikat Kelantan, Bibi berkata setakat ini pasukan itu masih dalam proses mengenal pasti pemain sesuai untuk mengisi baki tiga kekosongan yang perlu diisi.

"Setakat ini saya boleh sahkan khidmat Morgaro Gomis dan L'imam Seydi akan dikekalkan. Jadi kita kenal cari tiga lagi. Mereka akan dinilai dalam aksi persahabatan yang akan diadakan dalam masa terdekat," katanya.

Sumber: Mstar

No comments

Powered by Blogger.