Inilah Respon TMJ Setelah Dituduh Tidak Membayar Gaji Mario Gomez

Inilah Respon TMJ Setelah Dituduh Tidak Membayar Gaji Mario Gomez|Kami pada mulanya tidak mahu menimbulkan isu ini kepada umum tetapi disebabkan pihak Mario Gomez telah membuat kenyataan secara umum, kami tidak ada pilihan selain melakukan perkara yang sama.

Inilah Respon TMJ Setelah Dituduh Tidak Membayar Gaji Mario Gomez

Mario Gomez telah membuat kenyataan bahawa JDT berhutang pembayaran gaji kepada beliau. Ini sememangnya tidak benar dan merupakan tindakan tidak sepatutnya dari pihak Encik Gomez. Faktanya ialah sebahagian daripada kontrak Encik Gomez bersama JDT adalah beliau dikehendaki membayar gaji pembantunya, Raul Longhi.

Encik Gomez pada mulanya membayar jumlah ini secara terus kepada Encik Longhi dan kemudian beliau meminta setiausaha kelab kami untuk membuat pembayaran terus kepada Encik Longhi. Sejak 2015 JDT telah membayar komponen gaji ini secara terus kepada Encik Longhi daripada gaji Encik Gomez mengikut permintaan khususnya selaras dengan kewajipan dalam kontrak Encik Gomez.
Encik Gomez juga telah membuat kenyataan palsu bahawa kami tidak menjawab suratnya, kami menerima surat itu dalam bahasa Sepanyol dan telah menjawab dengan sewajarnya. Jangan cuba untuk menipu kerana ini akan menjejaskan karier anda di Indonesia.

Saya nasihatkan beliau supaya dapatkan nasihat undang-undang yang betul sebelum merapu di media.

Kita ada saluran perundangan yang betul di mahkamah dan bukannya cuba menarik polemik kosong dengan memulakan perbicaraan melalui media.

Barisan peguam kami telah bersiap-siaga dengan segala fakta dan asas yang kukuh kerana kita yakin bahawa tindakan diambil sebelum ini adalah bertepatan dan selari dengan ‘rules of law’.

Sumber: JST

No comments

Powered by Blogger.