Sol Campbell Berminat Menjadi Jurulatih Harimau Malaya

Sol Campbell Berminat Menjadi Jurulatih Harimau Malaya|BEKAS pemain Arsenal, Sol Campbell telah mendedahkan bahawa beliau berminat untuk melanjutkan kariernya sebagai jurulatih di Malaysia, sekiranya diberi tawaran untuk mengemudi projek yang bagus.

Sol Campbell Berminat Menjadi Jurulatih Harimau Malaya

Sol, yang baru sahaja meninggalkan posisi penolong ketua jurulatih untuk skuad kebangsaan Trinidad and Tobago, kini berminat untuk meneruskan perjalananya sebagai seorang jurulatih dan berpendapat bahawa Asia, termasuk Malaysia, merupakan suatu destinasi yang cukup menarik.

“Menjadi jurulatih Malaysia? Sudah tentu. Malaysia mungkin memerlukan jurulatih atau penasihat bolasepak yang bagus dan sudah tentu saya dapat beri bantuan,” ujar Sol Campbell dalam suatu sesi interview yang berlangsung di Sunway Velocity Mall semalam.

“Karier saya sebagai pemain bola sepak cukup hebat. Sekarang saya mahu menjadi seorang jurulatih yang hebat dan Asia mempunyai negara-negara yang mahu membesar dalam dunia bola sepak,” tambah Campbell.

Komen yang diberikan oleh Sol Campbell itu datang beberapa jam sebelum Nelo Vingada mengumumkan keputusannya untuk melepaskan jawatan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya.

Menurut siaran media yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), ketua jurulatih baru untuk skuad kebangsaan Malaysia akan dilantik dalam masa terdekat.

No comments

Powered by Blogger.