Jadual dan Keputusan Pelumbaan LTDL 2023

Jadual dan Keputusan Pelumbaan LTDL 2023|ADAKAH anda peminat sukan pelumbaan Le Tour de Langkawi? Bilakah tarikh pelumbaan Le Tour de Langkawi (LTDL) tahun 2023 yang bakal berlangsung? Siapakah pelumba yang bakal merangkul kejuaraan LTDL bagi musim 2023? Untuk makluman, pelumbaan Le Tour de Langkawi (LTDL) 2023 yang juga merupakan edisi kali ke-27 akan diadakan mulai 23 hingga 30 September 2023. Menerusi Portal Rasmi Le Tour de Langkawi (LTDL), jarak keseluruhan pelumbaan LTDL pada tahun 2023 adalah sejauh 1,280 kilometer iaitu bermula dari Kerteh dan berakhir di Kuala Lumpur. Berikut dikongsikan Jadual Dan Keputusan Pelumbaan LTDL 2023 buat rujukan anda.

Jadual dan Keputusan Pelumbaan LTDL 2023

Untuk makluman, Le Tour de Langkawi (LTDL) 2023 melibatkan 22 buah pasukan yang bakal memberi cabaran pelumbaan LTDL tahun ini termasuk dari pasukan tersohor Jelajah Dunia, Astana. Tema bagi edisi kali ini adalah “Beat The Heat” yang mencerminkan ujian getir menanti pelumba menerusi pendakian penuh mencabar ke puncak Genting Highlands dan kayuhan menguji ketahanan dalam cuaca panas terik.

Jadual dan Keputusan Pelumbaan LTDL 2023

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan jadual dan keputusan pelumbaan LTDL 2023:

Kalendar Pelumbaan LTDL Tahun 2023

Perlumbaan basikal lebuh raya LTdL 2023 akan melalui lapan peringkat perlumbaan yang akan merentasi 11 buah negeri di Semenanjung Malaysia dengan jarak keseluruhan sejauh 1,280 kilometer (km)

◾Peringkat 1 (Sabtu, 23 September) - Kerteh ke Kuala Terengganu – 184.4km
◾Peringkat 2 (Ahad, 24 September) - Kuala Terengganu ke Kota Bharu – 186.2km
◾Peringkat 3 (Isnin, 25 September) - Jeli ke Baling – 177.1km
◾Peringkat 4 (Selasa, 26 September) - Bukit Mertajam ke Meru Raya – 140km
◾Peringkat 5 (Rabu, 27 September) - Slim River ke Genting Highlands – 133.3km
◾Peringkat 6 (Khamis, 28 September) - Karak ke Melaka – 176.6km
◾Peringkat 7 (Jumaat, 29 September) - Muar ke Seremban 2 – 125.7km
◾Peringkat 8 (Sabtu, 30 September) - Setia Alam ke Kuala Lumpur – 157km

Jadual dan Keputusan Pelumbaan LTDL 2023

Format Acara LTDL 2023

- Masa untuk setiap peringkat selesai dikompaun; pelumba yang mempunyai masa agregat paling rendah adalah pendahulu perlumbaan dan boleh memakai jersi kuning.

- Selain jersi kuning, terdapat lagi beberapa jersi yang menjadi buruan peserta antaranya seperti Raja Pecut, Raja Bukit, Pelumba Asia Terbaik, Pasukan Terbaik dan Pasukan Asia Terbaik.

Keputusan Penuh Pelumbaan LTDL 2023

*Akan dikemaskini

Info Penting:
*Jadual dan keputusan pelumbaan LTDL 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Senarai Pasukan Yang Menyertai Le Tour de Langkawi 2023

Terdapat 22 pasukan yang menyertai acara Petronas Le Tour de Langkawi 2023 kali ini dengan menampilkan 6 pasukan Jelajah Dunia, 4 pasukan Bro Benua dan 12 pasukan Pro Benua Tempatan.

Semoga perkongsian Jadual dan Keputusan Pelumbaan LTDL 2023 Le Tour De Langkawi ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.