5 Senjata Kekuatan Pasukan JDT FC Musim 2017
5 Senjata Kekuatan Pasukan JDT FC Musim 2017|KINI, pasukan JDT FC berada dibawah kendalian baru Ulisses Morais, jurulatih dari Portugal selepas Benjamin Mora diturunkan jawatan selaku jurulatih untuk pasukan JDT II. Apakah rahsia disebalik keunggulan dan kejayaan pasukan JDT FC menjuarai Liga Super 3 kali berturut-turut pada musim 2014, 2015 dan 2016? Adakah pencapaian terbaik sepertimana dilakukan pada sebelum ini dapat dikekalkan sehingga tamat Liga Super pada musim 2017? Anda ingin tahu apa rahsia disebalik kekuatan ada pada pasukan JDT FC? Jom teruskan membaca dibawah!
Baca juga:
Biodata Penuh Ulisses Morais Jurulatih Baru Pasukan JDT FC
5 Senjata Kekuatan Pasukan JDT FC Musim 2017
Berikut adalah beberapa senjata kekuatan pasukan JDT FC musim 2017:
1. Kelengkapan Persiapan
JDT FC pada musim ini melakukan banyak perubahan dengan menampilkan beberapa muka baru pemain bintang sama ada tempatan atau import. Antara muka baru yang dibawa pada musim ini iaitu Gabriel Guerra, Brian Ferreira (dikeluarkan perpindahan kedua 2017), Gonzalo Cabrera, Mohammed Ghaddar, Natxo Insa, manakala pemain tempatan termasuk Nazmi Faiz, Hazwan Bakri, Afiq Fazail dan Safawi Rasid.
2. Jentera Serangan
Setiap pasukan akan memberikan tumpuan lebih pada bahagian jentera serangan masing-masing. Pada musim lalu, pasukan JDT FC mempunyai pemain sensasi dan berbisa seperti Pereyra Diaz dan Martin Lucero yang menjadi nadi kekuatan dan kini mereka mempunyai penyerang prolifik yang hampir setiap perlawanan menjaringkan gol iaitu Gabriel Guerra dan Mohammed Ghaddar. Selain Gabriel Guerra, JDT juga mempunyai pemain seperti Hazwan Bakri dan Gonzalo Cabrerra yang juga handal membuat umpanan dan hantaran baik ke hadapan dan mampu menjaringkan gol.
3. Kekuatan Trio Di Bahagian Tengah
Jentera bahagian tengah menjadi nadi kekuatan pasukan JDT FC sejak musim lalu lagi sehingga Sekarang. Kelincahan dan kepakaran Safiq Rahim selaku kapten pasukan JDT menjadi sumber kekuatan dibahagian tengah selain dibantu oleh Afiq Fazail dan Natxo Insa yang cukup bijak mengawal bola dibahagian tengah Dan membuat hantaran ke hadapan. Dengan kehadiran pemain Natxo Insa mampu memberi kekuatan tambahan dibahagian tengah selain mampu membantu dibahagian pertahanan.
4. Kekebalan Pertahanan
Kekebalan pertahanan pasukan JDT FC dapat dilihat hasil rangkaian empat pertahanan terbaik iaitu S.Kunalan, Marcos Antonio, Fadhli Shas dan Fazly Mazlan yang bijak membaca dan mematahkan serangan dari setiap musuh.
Marcos Antonio tidak dapat dinafikan lagi dengan bijak membuat kawalan baik dan kekentalan menjaga setiap serangan dari pihak lawan.
5. Taktikal Berkesan Ulisses Morais
Ulisses Morais mempunyai taktikal dan falsafah tersendiri yang cukup jelas apabila mengambil alih selaku jurulatih JDT FC menggantikan Benjamin Mora. JDT FC pada musim ini menerapkan formasi yang cukup berkesan seperti 4-3-2-1. Pemain seperti Gonzalo Cabrerra, Gabriel Guerra dan Safiq Rahim mampu bermain pelbagai sistem dan amat membantu pasukan JDT FC pada musim ini.
Adakah pasukan JDT FC pada musim 2017 ini mampu meraih sebarang piala kejohanan? Sama-sama kita saksikan!

Post a Comment