3 Pemain JDT Yang Bakal Beraksi Di Liga Portugal

3 Pemain JDT Yang Bakal Beraksi Di Liga Portugal|SATU kerjasama antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan kelab bolasepak di Portugal telah dipersetujui di mana JDT dapat menghantar tiga pemain setiap tahun ke sana untuk bermain bersama kelab tersebut sebagai pemain pinjaman. Nama kelab tersebut akan didedahkan sebaik sahaja pihak pengurusan menandatangani kontrak secara rasmi.

3 Pemain JDT Yang Bakal Beraksi Di Liga Portugal

Muhammad Syamer Kutty merupakan salah seorang pemain pertama yang akan dipinjamkan untuk menimba pengalaman di kelab tersebut.

Selain Muhammad Syamer Kutty, dua lagi pemain JDT iaitu Mohamad Hasbullah Abu Bakar dan Syafiq Ahmad berkemungkinan turut akan dihantar ke kelab Portugal sebagai pemain pinjaman.

Berkenaan Hariss Harun, kelab terdahulu mempunyai masalah hutang di Sepanyol dan tidak dibenarkan untuk menandatangani mana-mana pemain luar negara. Manakala Nazmi Faiz pula adalah kerana kelab memerlukan beliau dalam pasukan bagi membantu Safiq Rahim.

Sementara itu, pemain Malaysia tidak dianggap sebagai pemain luar negara di kelab Portugal. Dan perbezaan kelab ini dengan yang lain adalah JDT bakal memiliki hubungan kerjasama dengan kelab tersebut.

Sumber: JST

No comments

Powered by Blogger.