5 Sebab Mengapa Liga M Perlukan Teknologi Bantuan Pengadil Video (VAR)

5 Sebab Mengapa Liga M Perlukan Teknologi Bantuan Pengadil Video (VAR)|MALAYSIA bakal menjadi negara pertama Asia Tenggara menggunakan sistem teknologi bantuan pengadil video (VAR) bermula 2019.

5 Sebab Mengapa Liga M Perlukan Teknologi Bantuan Pengadil Video (VAR)

Sejak mula diperkenalkan pada Ogos tahun lalu di liga bola sepak Amerika Syarikat, Major League Soccer (MLS), teknologi VAR dilihat sebagai jalan penyelesaian terbaik untuk mengurangkan keputusan kontroversi pengadil dalam sukan paling diminat di seluruh dunia itu.

Berikut adalah 5 sebab mengapa teknologi perlu diperkenalkan dalam Liga Malaysia:

1. VAR mampu memperkemaskan dan memperbaiki keputusan pengadil dalam satu-satu perlawanan. Sebagai contoh, VAR boleh mengesan kesilapan yang dilakukan pengadil melibatkan kesalahan memberi kad merah, penalti, jaringan gol, kesilapan identiti pemain.

2. Mengurangkan 'tajuk panas' di dada akhbar dan media serta meminimumkan kontroversi membabitkan keputusan pengadil.

3. Meningkatkan keyakinan dalam kalangan pemain dan penyokong tentang mutu pengadilan yang lebih efisien dengan bantuan VAR.

4. Meningkatkan kualiti permainan Liga Malaysia dengan kehadiran canggih teknologi VAR memandangkan beberapa liga utama bola sepak dunia terutamanya di Eropah mula menggunakan kaedah sama.

5. Jurulatih dan pengurus kelab tidak berisiko untuk dikenakan hukuman kerana mengkritik mutu pengadilan disebabkan bantuan teknologi VAR yang melicinkan aksi perlawanan tanpa sebarang kontroversi.

Semoga teknologi bantuan pengadil video (VAR) dapat meningkatkan mutu pengadilan bolasepak tempatan!

No comments

Powered by Blogger.