5 Pemain Tempatan Thailand Gaji Paling Tinggi

5 Pemain Tempatan Thailand Gaji Paling Tinggi |UNTUK makluman anda, menurut sebuah page dari laman sosial Facebook, Thai Futbol, ​​telah melakukan senarai 5 pemain tempatan Thailand yang mempunyai gaji paling tinggi dalam Thai League 1.

5 Pemain Tempatan Thailand Gaji Paling Tinggi

5 Pemain Tempatan Thailand Gaji Paling Tinggi 

Berikut dikongsikan senarai 5 pemain tempatan Thailand yang menerima gaji paling tinggi:

5) Chanathip Songkrasin - Hokkaido Consadole Sapporo

5 Pemain Tempatan Thailand Gaji Paling Tinggi

Chanathip Songkrasin, 24 menerima TBH 500,000 sebulan atau dianggarkan RM63,000 ketika beliau masih mewakili SCG Muangthong United sebelum menerima tawaran untuk dipinjamkan ke sebuah kelab J1 League, Hokkaido Consadole Sapporo.

4) Theerathon Bunmathan - SCG Muangthong United

5 Pemain Tempatan Thailand Gaji Paling Tinggi

Merupakan bekas pemain Buriram United yang beraksi diposisi pertahanan kiri ini berada di kedudukan ke 4 dengan gaji THB 550,000 sebulan atau RM69,500. Beliau juga merupakan '3rd Captain' kelab yang berpangkalan di Muang Thong ini selepas Kawin Thmsatchanan '2nd Captain' dan Teerasil Dangda '1st Captain'.

3) Thanaboon Kesarat - Chiangrai United

5 Pemain Tempatan Thailand Gaji Paling Tinggi

Bekas pemain SCG Muangthong United ini dibeli oleh Chiangrai United musim ini dengan harga THB 50 juta atau RM6.3 juta, menjadikan beliau sebagai pemain Thailand paling mahal mengatasi rekod sebelum ini yang dipegang oleh Theerathon Bunmathan, THB 35 juta atau RM4.4 juta dari Buriram United ke Muangthong United.

Thananoon menerima gaji bulanan kira-kira THB 700,000 atau RM88,500 sebulan dari Chiangrai United.

2) Teerasil Dangda - SCG Muangthong United

5 Pemain Tempatan Thailand Gaji Paling Tinggi

Teerasil Dangda yang merupakan kapten skuad utama SCG Muangthong United ini menerima gaji sekitar THB 750,000 atau dianggarkan RM95,000 sebulan.

Teerasil pernah bermain secara pinjaman bersama kelab dari Switzerland, Grasshopper II dan juga Almeria dari liga Sepanyol. 
1) Charyl Chappuis - SCG Muanthong United

5 Pemain Tempatan Thailand Gaji Paling Tinggi

Pemain terbaru versatil ini yang menyertai SCG Muangthong United dari Suphanburi FC pada jendela perpindahan kedua Thai League 1 baru-baru ini.

Pemain yang dilahirkan di Kloten, Switzerland ini merupakan bekas anggota pasukan Switzerland U20 yang menjuarai kejohanan Piala Dunia Bawah 20 Tahun pada 2009.

Charyl Chappuis dilaporkan menerima gaji bulanan kira-kira THB 1,000,000 atau RM126,000 sebulan dan beliau juga digelar 'David Beckham' liga bola sepak Thailand kerana mempunyai faktor 'marketable' yang tinggi berbanding pemain-pemain lain.

No comments

Powered by Blogger.