AFC: Hukuman Farizal Marlias Diringankan Selepas Rayuan JDT Diterima

AFC: Hukuman Farizal Marlias Diringankan Selepas Rayuan JDT Diterima|KINI, menurut sumber tempoh penggantungan penjaga gawang Johor Darul Ta'zim (JDT) Farizal Marlias telah diringankan oleh pihak AFC selepas rayuan yang telah dikemukakan JDT FC diterima oleh AFC dan hukuman penggantungan itu telah diringankan.

AFC: Hukuman Farizal Marlias Diringankan Selepas Rayuan JDT Diterima

Hukuman pada mulanya 9 Jun 2017 sehingga 9 Jun 2018 telah dipendekkan kepada 8 bulan sahaja selepas tempoh hukuman tersebut akan berakhir pada 9 Februari.

Namun begitu, pihak AFC telah memberikan amaran serta peringatan seandainya Farizal Marlias telah dikenakan kad merah dalam tempoh 4 bulan sehingga 9 Jun 2018. Maka penggantungan akan diteruskan secara automatiknya.

Terdahulu pada tanggal 31 Mei 2017, Farizal Marlias telah didapati bersalah mengeluarkan kata-kata kesat serta  menolak pengadil yang bertugas pada ketika itu selepas babak - babak akhir perlawanan yang menyaksikan pasukan tuan rumah Ceres telah dihadiahkan sepakan penalti dan terusnya berjaya menyingkirkan wakil dari Malaysia yang terpaksa beraksi tanpa penjaga gol pada ketika itu kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan kelebihan ditempat lawan selepas keputusan agregat terikat 4 sama sehingga berakhirnya perlawanan.

Daripada kesalahan itu Farizal Marlias telah digantung setahun daripada beraksi serta telah diperintahkan untuk membayar denda sebanyak USD40,000 dianggarkan RM170,000.

No comments

Powered by Blogger.