Perak Akhirnya Berjaya Menamatkan Badi 13 Tahun Tewaskan Kedah di Darul Aman
Perak Akhirnya Berjaya Menamatkan Badi 13 Tahun Tewaskan Kedah di Darul Aman|AKHIRNYA Juara Piala FA 2017, Kedah menerima tamparan hebat apabila tunduk buat kali pertama dalam saingan Liga Super 2017 di laman sendiri iaitu Stadium Darul Aman apabila tumbang 3-2 ke atas Perak dalam aksi yang sungguh mendebarkan.
Perlawanan yang berlangsung dalam keadaan padang yang basah akibat hujan menyaksikan Kedah menguasai saingan awal permainan dengan corak hantaran pendek seperti kebiasaan dipamerkan mereka.
Namun ketiadaan 5 tonggak utama jelas merencatkan usaha yang dilakukan pasukan tuan rumah apabila gerakan yang dicipta seringkali disekat di kawasan penalti.
Manakala Perak yang diperkuatkan dengan 2 pemain import baru dari Brazil iaitu Gilmar Jose Da Silva Filho dan Leandro Dos Santos Oliveira dilihat lebih menyaksikan ketajaman pada babak pertama. Usaha bertali-arus Perak akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-30.
Jaringan sendiri oleh pertahanan Kedah, Syazwan Tajuddin terhasil akibat gagal mengeluarkan bola dengan baik hasil hantaran lintang Nasir Basharudin yang terus menerjah ke gawang gol Kedah.
Perak tidak menunggu lama bagi menambah jaringan 2 minit perlawanan bersambung pada babak kedua.
Nasir Basharudin yang menerima hantaran kemas dari Yashir Pinto Islame berjaya melepasi kawalan Fitri Omar sekaligus memerangkap Ifwat bagi jaringan kedua Perak. Ketinggalan 2 jaringan membuatkan Kedah berusaha kembali untuk memperkemaskan aksi mereka.
Usaha tersebut berjaya menceriakan penyokong tuan rumah yang membanjiri Stadium Darul Aman apabila hantaran lintang Syafiq Ahmad berjaya ditanduk Sandro Da Silva pada minit ke-58 bagi merapatkan jurang.
Kemasukan Shahrul Saad yang menggantikan Hafiz Kamal memberikan impak yang pantas apabila hantaran jauh dari Shahrul berjaya disambar Gilmar yang meloloskan diri dari perangkap ofsaid untuk sekali lagi mengecewakan Ifwat buat kali ketiga di minit ke-72.
Ketika Perak dilihat selesa mendahului dengan 2 gol, Liridon Krasniqi tanpa disangka berjaya menewaskan Hafizul Hakim Khairul Nizam ketika permainan berbaki 6 minit menerusi tandukan dengan kedudukan 2-3.
Jaringan tersebut terus meningkatkan tempo permainan apabila Kedah berterusan mengasak ke kubu Perak bagi mencari penyamaan namun gagal.
Dengan keputusan ini Kedah kekal ditangga ke-3 liga dengan 24 mata dan Perak ditempat ke-4 dengan 21 mata.

Post a Comment