Sukan SEA 2017: Malaysia Berada Di Zon Selesa Diundi Dalam Kumpulan A

Sukan SEA 2017: Malaysia Berada Di Zon Selesa Diundi Dalam Kumpulan A|AKHIRNYA bola sepak bagi Sukan SEA 2017 telah diketahui hasil undiannya apabila majlis undian telah dilakukan sebentar tadi. Malaysia yang menjadi tuan rumah temasya dwitahunan ini telah pun diundi dalam kumpulan A sebagai status tuan rumah kejohanan.

Sukan SEA 2017: Malaysia Berada Di Zon Selesa Diundi Dalam Kumpulan A

Manakala juara bertahan bagi acara bola sepak iaitu Thailand diletakkan dalam kumpulan B. Hasil dari undian ini, boleh dikatakan kumpulan B merupakan kumpulan maut bagi temasya kali ini berbanding dengan kumpulan A.

Sebagai penghuni kumpulan A, Malaysia berhadapan dengan skuad seperti skuad jiran Singapura, Myanmar, Laos, dan juga Brunei.

Manakala bagi kumpulan B pula, Thailand diundi bertemu dengan 5 lagi pasukan lain seperti Indonesia, Vietnam, Kemboja, Filipina dan juga Timor Leste.

Pasukan B-22 negara diletakkan harapan tinggi sebagai usaha untuk memburu pingat emas dalam temasya yang diadakan pada Kuala Lumpur ini. Acara bola sepak akan dimulakan beberapa hari lebih awal sebelum pembukaan temasya pada 19 Ogos 2017.

Beberapa lokasi menjadi pilihan untuk acara sukan bola sepak seperti Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur dan juga Stadium Shah Alam.

No comments

Powered by Blogger.