4 Sebab Daripada Kekalahan Malaysia di Tangan Thailand

Terlebih dahulu ingin kami ucapkan tahniah untuk pingat perak Sukan SEA 2017. Pastinya agak sedih kerana gagal mendapatkan emas. Berikut dikongsikan 4 sebab kekalahan Malaysia kepada pasukan Thailand.

                            4 Sebab Daripada Kekalahan Malaysia di Tangan Thailand

1. ‘Main tak cantik tak apa janji menang’

Ini adalah ayat yang paling popular. Namun itu memang realti. Kalau main tidak cantik tetapi menang tetap dianggap menang. Namun berbalik kepada DNA bola sepak, jika kita gagal membentuk satu DNA bola sepak dengan taktikal yang baik, kita akan lebih menjana konsistensi.

Bermain baik ini bukan bermaksud menguasai 70% perlawanan sahaja. Ia lebih kepada kemampuan pemain mengawal bola dengan betul. Ada daya kecergasan dan kecerdasan berfikir di dalam padang.

Semalam banyak aksi pemain hanya berlari dengan bola ke bahagian sayap untuk melakukan hantaran lintang. Tapi itulah, kalau main tak cantik tapi menang, memang tak apa.

Tapi jika main tak cantik tetapi kalah, kritikan akan lebih kuat berbanding dengan main cantik tetapi kalah.

Sampai bila kita hanya membentuk pasukan untuk mencari kemenangan dalam satu perlawanan tanpa memikirkan DNA bola sepak yang boleh digunakan untuk satu musim yang panjang.

2. Malaysia terlalu mudah dijangka

Sepanjang perlawanan, setiak tindakan pemain Malaysia di bahagian serangan seakan-akan sudah dijangka pemain-pemain Thailand.

Tiada variasi ketika di final third, dan hanya bergantung kepada hantaran silang. Thailand sangat bersedia untuk berhadapan dengan taktikal ini.

Mereka bertahan dalam unit yang kompak. Meletakkan pemain berbadan besar di pusat sistem zonal marking mereka ketika menunggu hantaran lintang.

3. Thailand berdisplin

Ini bukanlah pasukan Thailand yang terbaik berbanding dengan beberapa pasukan yang mereka hantar untuk ke Sukan SEA sebelum ini. Namun mereka masih mampu menjuarai Pingat Emas.

Disiplin adalah kunci penting dalam diri pemain-pemain Thailand. Walaupun mereka melihat unit tengah dan pertahanan Malaysia terpecah teruk. Mereka tidak terburu buru untuk meningkatkan garisan pertahanan yang mereka letakkan agak rendah.

Pemain mereka tidak gopoh untuk keluar daripada garisan pertahanan berbanding dengan pemain Malaysia yang terlalu cepat keluar daripada garisan untuk melancarkan bentesan.

4. Sejarah benar-benar berulang

                     4 Sebab Daripada Kekalahan Malaysia di Tangan Thailand

Pada 2001, kita memberikan pingat emas kepada Thailand kerana kesilapan penjaga gol. Haziq adalah penjaga gol yang baik dan antara pemain yang cemerlang membawa Malaysia sehingga ke final.

Namun kesilapan beliau semalam adalah kerana pemilihan tindakan yang silap daripada Haziq. Dari awal perlawanan lagi Haziq tidak selesa dengan bola yang licin.

Diharap beliau dapat memperbaiki aspek ‘goalkeeping’ beliau dalam keadaan cuaca hujan. Beliau masih muda dan masih banyak masa untuk membangunkan diri.

Sumber: Axello Tacts

No comments

Powered by Blogger.