JDT Bakal Memiliki Stadium Bertaraf Dunia Pada Tahun 2019

JDT Bakal Memiliki Stadium Bertaraf Dunia Pada Tahun 2019|BOLASEPAK Malaysia semakin melangkah ke hadapan apabila juara liga super 4 kali, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menggunakan stadium baru sebagai gelanggang tuan rumah apabila pembinaan Stadium Sultan Ibrahim yang dibangunkan oleh Forest City telah bermula dan berjalan dengan lancar.

JDT Bakal Memiliki Stadium Bertaraf Dunia Pada Tahun 2019

Stadium baharu JDT itu yang mempunyai keluasan tanah seluas 140,000 meter persegi turut melibatkan kawasan pembangunan seluas 70,000 meter persegi dan dijangka siap pada bulan Mei 2019.

Reka bentuk stadium yang diilhamkan daripada bentuk daun pisang ini mampu memuatkan kapasiti maksimum sehingga 40,000 penonton selain memiliki kemudahan padang rumput semula jadi yang mencapai standard Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), sistem pencahayaan moden, sistem bunyi dan kemudahan penyiaran.



Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor turut terlibat secara langsung dalam projek ini antaranya seperti baginda mahukan kedudukan stadium ini menerima cahaya matahari yang mencukupi bagi kebaikan pertumbuhan rumput, penambahan kepingan cermin di sekeliling kawasan dalam stadium, merapatkan kedudukan kerusi penonton dengan padang, meninggikan sedikit kedudukan kerusi di bahagian ‘grandstand’ dan juga meletakkan lampu LED berwarna merah, biru dan putih disekeliling luar stadium untuk pencahayaan pada waktu malam.

Projek ini bukan hanya melibatkan pembinaan stadium sahaja tetapi juga pelbagai aspek pembangunan yang lain termasuklah ibu pejabat Johor Darul Ta’zim, pusat latihan dan kedai cenderamata.

Pastinya stadium baharu ini bakal menjadi satu mercu tanda Johor dan kemajuan bolasepak Malaysia apabila dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2019.

Sumner: Football Tribe Malaysia

No comments

Powered by Blogger.