Kekuatan Akhyar Rashid Pemain Sensasi Dari Kedah Buat Pasukan Kebangsaan

Kekuatan Akhyar Rashid Pemain Sensasi Dari Kedah Buat Pasukan Kebangsaan|
NAMA pemain licik dan sensasi dari pasukan Kedah, Akhyar Rashid mula disebut orang ramai apabila aksi bertenaga dan menyakinkan sewaktu di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 baru-baru ini. Aksi yang ditunjukkan tiap waktu Akhyar Rashid diturunkan amat memberi perhatian orang ramai kerana aksi dia yang sungguh berani dan tenang apabila memegang bola. Kini, Akhyar Rashid telah dipanggil oleh jurulatih Bojan Hodak untuk mewakili skuad Malaysia U-19 dalam kejohanan Remaja U-19 AFF 2017. Tahukah anda apakah kekuatan yang ada pada Akhyar Rashid? Jom teruskan membaca dibawah ini!

Baca juga:
Jadual dan Keputusan Perlawanan Kejohanan Remaja B-19 AFF 2017

Kekuatan Akhyar Rashid Pemain Sensasi Dari Kedah Buat Pasukan Kebangsaan

Kekuatan Akhyar Rashid Pemain Sensasi Dari Kedah Buat Pasukan Kebangsaan

1- Kelicikan dan Kelincahan Mengawal Bola

Tidak dapat dinafikan lagi aksi yang ditunjukkan oleh Akhyar Rashid baru berusia 19 tahun yang sungguh mengujakan dan tenang sewaktu mengawal bola. Selain bijak mengawal bola, skill individu yang ditunjukkan oleh Akhyar Rashid mampu mengoyahkan barisan pertahanan pihak lawan.

2- Kebolehan dan Kemampuan Individu

Kekuatan Akhyar Rashid Pemain Sensasi Dari Kedah Buat Pasukan Kebangsaan

Setiap kali pemain sensasi ini diturunkan mampu menyumbang sesuatu kepada pasukan negara kerana kemampuan dia yang bijak membuat hantaran lintang dan 'cross' yang baik. Ini mampu memberikan ancaman bahaya kepada pasukan pihak musuh.

3- Teknik Serangan dan Tendangan Gol Yang Baik

Tidak dapat dinafikan sama sekali kemampuan Akhyar Rashid yang mampu menjaringkan gol apabila berada di Box-D kerana dia mempunyai penyudah yang tajam. Sewaktu perlawanan menentang Laos dua hari lepas, Akhyar Rashid mampu menggunakan teknik serangan yang baik dan tendangan gol yang cantik sekaligus menerjah gol ke gawang pihak lawan.

Admin disini ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Akhyar Rashid. Semoga terus berjaya dalam karier bolasepak anda!

No comments

Powered by Blogger.