Cara Ketahui Perbezaan Gred Jersi AAA, Copy Ori dan Player Issue

Cara Ketahui Perbezaan Gred Jersi AAA, Copy Ori dan Player Issue|ADAKAH anda peminat jersi bolasepak? Bagaimana ingin ketahui perbezaan gred jersi bola itu samada 'Original' atau 'Copy Ori'? Untuk makluman anda, terdapat tiga jenis jersi yang dijual di pasaran iaitu gred AAA, Copy Ori (Fans Issue) dan Player Issue. Berikut dikongsikan cara ketahui perbezaan jersi Original (Player Issue) dan Replika (Fans Issue) buat rujukan anda.

Cara Ketahui Perbezaan Gred Jersi AAA, Copy Ori dan Player Issue

Sedia maklum, baju jersi bola gred Original (Player Issue) adalah lebih mahal harga dan lebih berkualiti berbanding jenis Copy Ori (Fans Issue).

Cara Ketahui Perbezaan Gred Jersi AAA, Copy Ori dan Player Issue

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara ketahui perbezaan jersi AAA, Original (Player Issue) dan Copy Ori (Fans Issue) yang meliputi jenis gred, cutting dan saiz, tags, logo dan jenis fabrik kain:

A. Jenis Gred

1. AAA (juga dikenali Super A) - Copy dari replika seperti dijual di butik
2. Copy Ori (Fans Issue atau Supporter Issue) - Copy dari replika seperti di butik tetapi lebih berkualiti dari AAA
3. Player Issue (Adidas - Climachill/ Adizero, Nike - Vaporknit/ Aeroswift) - Direka khas mengikut spesifikasi pemain profesional pakai

B. Plastik Bungkusan

1. AAA - Plastik lutsinar tanpa logo brand
2. Copy Ori - Polybag dan logo brand yang besar
3. Player Issue - Polybag dan logo brand yang kecil/besar

C. Cutting dan Saiz

1. AAA - Standard atau regular saiz eropah. Saiz available SS S M L dan XL. Hanya jersi tertentu ada XXL 3XL 4XL dan 5XL.
2. Copy Ori - Standard Eropah atau slimfit. Saiz hanya S M L XL saja.
3. Player Issue - Baju standard dan jenis bodyfit atau slimfit saja. Cutting lebih fit berbanding Copy Ori (Fans Issue).

D. Tag

1. AAA - Tag sekeping berada di lengan baju tanpa sticker saiz
2. Copy Ori - Tag yang banyak berada di leher baju bersama sticker saiz
3. Player Issue - Tag yang banyak berada di leher baju bersama sticker saiz

Tag jersi Authentic berwarna emas

Tag jersi Replika berwarna perak

E. Logo

1. AAA - Logo jenis sulam untuk brand dan team
2. Copy Ori - Logo jenis sulam untuk brand dan team
3. Player Issue - Logo jenis tampal/ sticker. Logo tampal lebih jelas, menyerlah dan nampak premium.

Logo Jenis Tampal/Sticker (Player Issue)

Logo Jenis Sulam (Fans Issue)

F. Fabrik Kain

1. AAA - Kain jenis polyester licin
2. Copy Ori - Kain jenis polyester yang lembut berbanding AAA
3. Player Issue - Kain jenis polyester yang lebih lembut, lebih mampat dari AAA dan Fans Issue

Semoga perkongsian Cara Ketahui Perbezaan Gred Jersi AAA, Copy Ori dan Player Issue ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.