Borang Pendaftaran Cub Prix 2019 Online

Borang Pendaftaran Cub Prix 2019 Online|ADAKAH anda berminat menjadi pelumba Cub Prix musim 2019? Berita baik buat anda berumur 13 hingga 18 tahun yang ingin membuat pendaftaran pelumbaan Cub Prix tahun 2019. Untuk makluman anda, pendaftaran pelumbaan Cub Prix 2019 boleh dibuat secara online mulai 11 Disember 2018 hingga 10 Januari 2019.

Borang Pendaftaran Cub Prix 2019 Online

Borang Pendaftaran Cub Prix 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi pendaftaran Cub Prix secara online:

Cara Pendaftaran Cub Prix 2019 Online

1. Pendaftaran (secara online SAHAJA) kini mula dibuka kepada warga Malaysia di http://malaysiancubprix.com/rider-search-2019/

2. Isikan maklumat yang diminta dengan tepat dan lengkap.

3. Kemudian, hantarkan borang pendaftaran dengan klik pada butang 'SUBMIT'.

Syarat Pendaftaran Cub Prix 2019

Antara syarat pendaftaran Cub Prix adalah seperti berikut:

1. Terbuka kepada warganegara Malaysia.

2. Berumur 13 hingga 18 tahun.

3. Pendaftaran bermula pada 11 Disember 2018.

4. Tarikh tutup pendaftaran 10 Januari 2019.

5. Pemohon yang terpilih akan dihubungi sendiri oleh pihak Honda dan Yamaha untuk menghadiri sesi pemilihan.

6. Permohonan dan ujian pemilihan bagi yang layak adalah PERCUMA. Jika ada pihak yang meminta sebarang bayaran untuk sesi pendaftaran atau pemilihan sila laporkan kepada pihak kami.

7. HANYA peserta yang melepasi ujian pemilihan dan tersenarai beraksi dalam perlumbaan ‘One Make’ perlu menyediakan bayaran pendaftaran berjumlah RM4000 (merangkumi yuran pendaftaran 10 pusingan musim 2018, insurans dan pengurusan berkaitan perlumbaan).

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila emel ke daftar1make@twmr.com.my atau ke laman web www.malaysiancubprix.com

Selamat membuat Pendaftaran Cub Prix musim 2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.