Keputusan Pemenang Anugerah Sukan Negara 2019

Keputusan Pemenang Anugerah Sukan Negara 2019|BILAKAH tarikh Anugerah Sukan Negara (ASN) bagi tahun 2019 bakal berlangsung? Untuk makluman anda, Anugerah Sukan Negara 2019 bakal diadakan pada 23 April 2019, hari Selasa mulai jam 9.30 malam bertempat di Hotel Shangri-la, Kuala Lumpur. Malam kemuncak Anugerah Sukan Negara 2019 turut disiarkan secara langsung di saluran RTM TV1. Berikut dikongsikan keputusan rasmi pemenang Anugerah Sukan Negara 2019 buat panduan anda.

Keputusan Pemenang Anugerah Sukan Negara 2018

Sedia maklum, Anugerah Sukan Negara adalah upacara anugerah tahunan di Malaysia yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) sejak tahun 1966. Anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada atlet sukan di Malaysia dengan pencapaian sukan terbesar.

Keputusan Pemenang Anugerah Sukan Negara 2019

Berikut dikongsikan keputusan rasmi pemenang bagi setiap kategori dipertandingkan dalam Anugerah Sukan Negara 2019:

Senarai Pemenang Anugerah Sukan Negara 2019

1. Anugerah Jurulatih Lelaki Kebangsaan
- Holloway Cheah (Tenpin Boling)

2. Anugerah Jurulatih Wanita Kebangsaan
- Tiada

3. Anugerah Pasukan Lelaki Kebangsaan
- Adrian Ang Hsien Loong-Tun Ameerul Luqman Al Hakeem (Tenpin Boling)

4. Anugerah Pasukan Wanita Kebangsaan
- Cheong Jun Hoong-Pandelela Rinong (Akuatik Terjun)

5. Anugerah Olahragawan Kebangsaan
- Muhammad Rafiq Ismail (Tenpin Boling)

6. Anugerah Olahragawati Kebangsaan
- Amy Kwan Dict Weng (Gimrama)

7. Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan
- Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (Para Olahraga)

8. Anugerah Olahragawati Paralimpik Kebangsaan
- Siti Noor Lasah Mohd Ariffin (Para Olahraga)

9. Anugerah Kepimpinan Sukan
- Datuk Sieh Kok Chi, Dr S Radha Krishnan (Persatuan Sukan Orang Buta Malaysia)

10. Anugerah Tokoh Sukan
- Tiada

11. Anugerah Khas
- Hanifah Yoong Yin Fah (udara ski), Datuk Rahim Razali

Info Penting:
*Keputusan pemenang Anugerah Sukan Negara akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Info Berkaitan:

👉 Keputusan Pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Anugerah Sukan Negara bagi tahun 2019! Moga terus maju dalam sukan di Malaysia untuk masa akan datang!

No comments

Powered by Blogger.