Harga Tiket Malaysia vs UAE Kelayakan Piala Dunia 10.9.2019

Harga Tiket Malaysia vs UAE Kelayakan Piala Dunia 10.9.2019|NANTIKAN pertembungan hebat antara pasukan Malaysia menentang UAE untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2022. Perlawanan hebat ini akan diadakan pada 10 September 2019, hari Selasa mulai jam 8.45 malam (Waktu Malaysia) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Berikut dikongsikan tarikh dan harga tiket Malaysia vs UAE Kelayakan Piala Dunia 2022 buat rujukan anda.

Harga Tiket Malaysia vs UAE Kelayakan Piala Dunia 10.9.2019

Harga Tiket Malaysia vs UAE Kelayakan Piala Dunia 10.9.2019

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan harga tiket Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 yang melibatkan pasukan Malaysia menentang UAE:

  Harga     Terbuka    Kanak    Grandstand    Tiket                         - Kanak

Kelayakan   RM 30       RM 7         RM 50
Piala Dunia

Jumlah Peruntukkan Tiket Penjualan Online

Para penyokong Harimau Malaya sudah boleh membeli tiket secara online mulai 5 September 2019 di www.tickethotline.com.my dengan harga RM30 (Terbuka) dan RM50 (Grandstand), tidak termasuk caj pemprosesan sehingga jam 11.59 malam pada Isnin, 9 September 2019.

Penjualan secara fizikal di kaunter tiket Stadium Nasional turut akan dibuka pada hari perlawanan (Selasa, 10 September 2019) bermula jam 2.00 petang dengan harga RM40 (Terbuka) dan RM60 (Grandstand), tanpa ada sebarang caj tambahan yang akan dikenakan.

Bagaimanapun bagi tiket kanak-kanak yang sebelum ini berharga RM5, ia ditetapkan pada harga RM7 bagi perlawanan menentang UAE ini, tidak kiralah sama ada ia dibeli secara online atau di kaunter tiket pada hari perlawanan.

Harga Tiket Malaysia vs UAE Kelayakan Piala Dunia 10.9.2019

Tarikh Penebusan Tiket Online

*Akan dikemaskini

Semoga perkongsian Harga Tiket Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 Malaysia vs UAE ini dijadikan panduan buat peminat bolasepak di Malaysia!

No comments

Powered by Blogger.