Harga Tiket Vietnam vs Malaysia Kelayakan Piala Dunia 10.10.2019

Harga Tiket Vietnam vs Malaysia Kelayakan Piala Dunia 10.10.2019|NANTIKAN pertembungan hebat antara pasukan Vietnam menentang Malaysia untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2022. Perlawanan hebat ini akan diadakan pada 10 Oktober 2019, hari Khamis mulai jam 8.30 malam (Waktu Malaysia) di Stadium My Dinh, Hanoi. Berikut dikongsikan tarikh dan harga tiket Vietnam vs Malaysia Kelayakan Piala Dunia 2022 buat rujukan anda.

Harga Tiket Vietnam vs Malaysia Kelayakan Piala Dunia 10.10.2019

Harga Tiket Vietnam vs Malaysia Kelayakan Piala Dunia 10.10.2019

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan harga tiket Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 yang melibatkan pasukan Malaysia menentang Vietnam:

  Harga Tiket                       Terbuka

Kelayakan Piala Dunia        RM 40
2022

Jumlah Peruntukkan Tiket Penjualan Online

Waktu Penjualan:

Jualan Tiket Aksi Harimau Malaya lwn Vietnam Di Hanoi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin mengumumkan bahawa tiket bagi menonton perlawanan ketiga Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Vietnam lwn Malaysia di Stadium My Dinh, Hanoi pada Khamis, 10 Oktober 2019 sudah boleh dibeli oleh penyokong Malaysia menerusi FAM bermula hari ini (27 September 2019) sehingga Rabu, 2 Oktober 2019.

Harga tiket yang telah ditetapkan bagi perlawanan di Hanoi itu adalah RM40 dan sebanyak 1,500 keping tiket diperuntukkan untuk penyokong pasukan pelawat (Malaysia).

Cara Pembelian Tiket Online Vietnam vs Malaysia

Penyokong Malaysia yang berminat untuk membeli tiket perlawanan berkenaan yang sepak mulanya jam 8.00 malam (waktu Vietnam) perlu mengikut langkah-langkah pembelian seperti berikut:

1. Pilih bilangan tiket yang ingin dibeli dan jumlah pembayaran penuh perlu dikreditkan terus ke akaun Bank Islam - FOOTBALL ASSOCIATION OF MALAYSIA dengan nombor akaun 12131010006121. Simpan slip pembayaran.

2. Sila e-mel butiran peribadi anda iaitu Nama Penuh, Nombor MyKad, Nombor Telefon, Jumlah Tiket dan lampirkan bersama Slip Pembayaran Bank ke e-mel tiket@fam.org.my.

3. Pihak FAM akan membalas e-mel berkenaan bagi mengesahkan penerimaan wang pembelian tiket tersebut.

4. Tiket yang telah dibeli itu kemudian boleh diambil/ditebus di Hanoi dari Rabu, 9 Oktober 2019 hingga Khamis, 10 Oktober 2019. Anda akan dihubungi wakil FAM di sana bagi urusan pengambilan/penebusan tiket.

Harga Tiket Vietnam vs Malaysia Kelayakan Piala Dunia 10.10.2019

Tarikh Penebusan Tiket Online

Penebusan tiket itu hanyalah untuk penyokong Malaysia yang membeli tiket menerusi FAM. Jika pembelian dibuat oleh penyokong Vietnam dan/atau ditebus oleh penyokong Vietnam, pihak FAM berhak untuk tidak menyerahkan tiket berkenaan.

Sebarang pembelian tiket melalui FAM bagi perlawanan ini selepas jam 11.59 malam pada Rabu, 2 Oktober 2019 tidak akan diproses.

Semoga perkongsian Harga Tiket Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 Vietnam vs Malaysia ini dijadikan panduan buat peminat bolasepak di Malaysia!

No comments

Powered by Blogger.