6 Laman Web Peralatan Sukan Murah Dan Terbaik Online 2023

6 Laman Web Peralatan Sukan Murah Dan Terbaik Online 2023|ANDA ingin membeli barangan dan peralatan sukan dengan harga murah dan terbaik? Dengan teknologi dan kuasa digital yang semakin berkembang maju, kini anda boleh mendapatkan pelbagai peralatan atau barangan sukan seperti kasut bola, kasut futsal, raket badminton, t-shirt dan sebagainya secara atas talian (online) sahaja terdapat kunjungi ke kedai sukan. Terdapat beberapa kedai peralatan sukan online yang boleh anda dapatkan antaranya adalah Adidas, Nike, JD Sports Malaysia, Al-Ikhsan, Sports Direct Malaysia dan lain-lain lagi.

6 Laman Web Peralatan Sukan Murah Dan Terbaik Online 2020

6 Laman Web Peralatan Sukan Murah Dan Terbaik Online 2023

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan 6 laman web/ kedai beli-belah barangan/ peralatan sukan di Malaysia yang menawarkan harga berpatutan dan terbaik selain terdapat juga kupon diskaun:

1. Sports Direct Malaysia

6 Laman Web Peralatan Sukan Murah Dan Terbaik Online 2020

Bagi peminat barangan sukan jenama Nike dan Adidas, laman web ini sememangnya menjadi tumpuan terutama bagi kaki bola. Ia turut menawarkan harga yang berpatutan bagi setiap barangan sukan serta potongan harga yang tidak dijangka!

Selain barangan untuk kaki bola, ia juga turut menawarkan barangan aksesori sukan pelbagai jenama untuk semua lapisan umur dan jenis sukan. Kini, anda boleh membuat pembelian kelengkapan sukan jenama yang terkenal secara online di https://my.sportsdirect.com/.

2. Zalora

6 Laman Web Peralatan Sukan Murah Dan Terbaik Online 2020

Zalora menawarkan barangan-barangan sukan yang eksklusif serta asli di laman webnya. Antara jenama yang ditawarkan adalah Adidas, Nike, Puma, New Balance, Under Armour dan banyak lagi.

Antara produk yang ditawarkan merangkumi pakaian, kasut, peralatan aktiviti luaran, aksesori, set lengkap berenang dan banyak lagi. Kini, anda boleh membuat pembelian kelengkapan sukan jenama yang terkenal secara online di www.zalora.com.my.

3. Lazada

6 Laman Web Peralatan Sukan Murah Dan Terbaik Online 2020

Lazada merupakan sebuah laman web yang sememangnya tidak asing lagi di dalam senarai pusat membeli belah secara online. Di Lazada, barangan yang ditawarkan agak terhad kepada sukan air dan sukan yang memerlukan penggunaan raket. Selain itu, terdapat juga aksesori serta set pakaian sukan yang boleh didapati di platform Lazada.

Antara jenama terkenal yang ditawarkan di Lazada adalah Adidas, Nike, Yonex dan Reebok. Lazada juga mengadakan jualan “flash sale” di mana mereka menawarkan diskaun eksklusif pada hari-hari tertentu sehingga 10%! Kini, anda boleh membuat pembelian kelengkapan sukan jenama yang terkenal secara online di https://www.lazada.com.my/.

4. Shopee

6 Laman Web Peralatan Sukan Murah Dan Terbaik Online 2020

Shopee merupakan sebuah laman web yang menawarkan barangan sukan seperti peralatan sukan air, sukan berbasikal dan sukan yang menggunakan raket seperti badminton dan tenis, selain barangan perkhemahan dan aktiviti luar.

Peralatan khas untuk kegunaan bersenam, bina badan dan seni mempertahankan diri juga ditawarkan di laman web ini yang terdiri dari jenama seperti Vigor Fitness, Fila, Li-Ning dan sebagainya. Kini, anda boleh membuat pembelian kelengkapan sukan jenama yang terkenal secara online di

5. Al-Ikhsan

6 Laman Web Peralatan Sukan Murah Dan Terbaik Online 2020

Al-Ikhsan merupakan sebuah syarikat yang menyediakan kelengkapan sukan di Malaysia termasuk model kasut sukan dan peralatan sukan lain. Ia mempunyai lebih seratus cawangan di seluruh Malaysia dan jenama terkenal dijual seperti Adidas, Nike, Reebok, Puma dan sebagainya.

Anda juga boleh membeli pelbagai jenis peralatan sukan yang didapati di Al-Ikhsan antaranya kasut bola, kasut futsal, raket badminton, t-shirt dan lain-lain lagi. Kini, anda boleh membuat pembelian kelengkapan sukan jenama yang terkenal secara online di https://www.al-ikhsan.com/.

6. JD Sports Malaysia

6 Laman Web Peralatan Sukan Murah Dan Terbaik Online 2020

JD Sports secara rasmi melancarkan kedai pertamanya di Asia iaitu Malaysia. Terdapat pelbagai jenis peralatan dan kelengkapan sukan termasuk kasut bola dan aksesori yang boleh didapati di JD Sports Malaysia dengan harga yang berpatutan.

Untuk pembelian peralatan atau barangan sukan, anda boleh layari secara online di laman SINI.

Semoga perkongsian 6 Laman Web Peralatan Sukan Murah Dan Terbaik Online 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.