Keputusan Pemenang ABK 2022 (Anugerah Bolasepak Kebangsaan)

Keputusan Pemenang ABK 2022 (Anugerah Bolasepak Kebangsaan)|BILAKAH tarikh Majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) tahun 2022 bakal berlangsung? Nantikan satu Majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 yang bakal diadakan secara rasmi pada 15 Disember 2022, hari Khamis mulai jam 9:00 malam yang turut bersiaran di saluran UnifiTV 701, Unifi playTV, Youtube Unifi & Facebook MFL. Matlamat utama penganugerahan ini diadakan bagi memberi penghormatan kepada pemain, jurulatih, pasukan dan kelab penyokong terbaik sepanjang musim 2022. Berikut dikongsikan Keputusan Pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) tahun 2022 buat rujukan anda.

Keputusan Pemenang ABK 2022 (Anugerah Bolasepak Kebangsaan)

Sedia maklum, seramai 344 pemain layak untuk diundi dalam kategori masing-masing dan pengundian penyokong akan dikira bersama dengan pengundian juri profesional yang terdiri daripada pemain, jurulatih dan media. Jawatankuasa Saringan akan menyenaraipendek 10 pemain terbaik bagi setiap kategori iaitu Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik, Jurulatih Terbaik.


Keputusan Pemenang ABK 2022 (Anugerah Bolasepak Kebangsaan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan keputusan pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan ABK 2022:

Tarikh Pengumuman Pemenang ABK 2022

◾Tarikh: 15 Disember 2022
◾Hari: Khamis 
◾Masa 9:00PM 
◾Siaran: UnifiTV 701, Unifi playTV, Youtube Unifi, Facebook MFL

Senarai Pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022

Berikut dikongsikan Senarai Pemenang ABK 2022 yang melibatkan 16 kategori yang dipertandingkan:

1. Penjaring Terbanyak Liga Super 2022 - Bergson (JDT)
2. Penjaring Terbanyak Liga Premier 2022 - Abu Kamara (Kuching City FC)
3. Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2022 - Darren Lok (PJ City)
4. Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2022 - Daryl Sham (JDT) & Nurshamil Abd Ghani (Kelantan)
5. Penjaga Gol Terbaik - Syihan (Negeri Sembilan FC)
6. Pertahanan Terbaik - Shahrul Saad (JDT)
7. Pemain Tengah Terbaik - Afiq Fazail (JDT)
8. Penyerang Terbaik - Arif Aiman (JDT)
9. Jurulatih Terbaik - Nafuzi Zain (Terengganu)
10. Pemain Muda Terbaik - Arif Aiman (JDT)
11. Pemain Import Terbaik - Bergson (JDT)
12. Pasukan Terbaik - JDT
13. Anugerah Fair Play - PJ City FC
14. Fan XI

Keputusan Pemenang ABK 2022 (Anugerah Bolasepak Kebangsaan)

15. Gol Terbaik Liga Malaysia 2022 - Mukhairi Ajmal (Selangor)
16. Pemain Paling Bernilai (MVP) - Arif Aiman (JDT)

Info Penting:
*Senarai pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Artikel Berkaitan:

👉 Senarai Jersi Pasukan Liga Super
👉 Senarai Perpindahan Pemain Liga Super

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) tahun 2022!

No comments

Powered by Blogger.