Jadual Acara Sukan Komanwel 2022 Malaysia (Live Streaming)

Jadual Acara Sukan Komanwel 2022 Malaysia (Live Streaming)|ANDA ingin tonton live streaming Sukan Komanwel 2022 di RTM & Astro Arena? Temasya Kejohanan terbesar dunia Sukan Komanwel 2022 atau Birmingham 2022 bakal diadakan mulai 28 Julai 2022 sehingga 8 Ogos 2022 yang bertempat di Birmingham, England selaku tuan rumah edisi kali ini. Sukan Komanwel 2022 kali ini bakal mempertandingkan sejumlah 20 jenis sukan dan 283 acara yang melibatkan kontinjen Malaysia dalam temasya edisi kali ke-22. Berikut dikongsikan Jadual Acara Sukan Komanwel 2022 RTM Astro buat rujukan anda.

Jadual Acara Sukan Komanwel 2022 Malaysia (Live Streaming)

Sedia maklum, pada Kejohanan Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, kontinjen negara berjaya menduduki kedudukan keseluruhan di tempat 12 dengan membawa pulang 24 pingat yang terdiri daripada 7 emas, 5 perak dan 12 gangsa. Pada temasya Sukan Komanwel 2022, terdapat beberapa acara sukan yang membabitkan atlet Malaysia antaranya adalah acara akuatik, olahraga, badminton, hoki, ragbi 7s, berbasikal, gimnastik dan sebagainya.

Jadual Acara Sukan Komanwel 2022 Malaysia (Live Streaming)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan jadual dan keputusan acara Sukan Komanwel 2022 Malaysia termasuk live streaming atau siaran langsung di saluran RTM TV1, TV2, TV Okey dan Astro Arena:

Info Penting Sukan Komanwel 2022

Tempat: Birmingham, England
Tarikh Pembukaan: 28 Julai 2022
Tarikh Penutupan: 8 Ogos 2022
Motto:
Mascot: Perry
Jumlah Atlet: 5054
Jumlah Sukan: 20
Jumlah Acara: 283
Live Streaming: Disiarkan secara langsung di RTM TV1, TV2, TV Okey dan Astro Arena

Senarai Acara Malaysia Sukan Komanwel 2022

Berikut dikongsikan Senarai Acara Sukan Komanwel 2022 yang melibatkan kontinjen Malaysia:

           ACARA                     TARIKH

Akuatik (Artistic swimming), 4 - 8 Ogos 2022 (diving), 29 Julai - 3 Ogos 2022 (swimming)
Olahraga 30 Julai - 7 Ogos 2022
Badminton 29 Julai - 8 Ogos 2022
Tinju 29 Julai - 7 Ogos 2022
Hoki 29 Julai - 8 Ogos 2022
Kriket 29 Julai - 7 Ogos 2022
Berbasikal (Mountain biking, Road cycling, Track cycling) 3 - 7 Ogos 2022
Angkat Berat 30 Julai - 3 Ogos 2022
Angkat Berat Para 4 Ogos 2022
Gusti 5 - 6 Ogos 2022
Bola Jaring 29 Julai - 6 Ogos 2022
Bola Tampar Pantai 30 Julai - 7 Ogos 2022
Boling Padang 29 Julai - 7 Ogos 2022
Skuasy 29 Julai - 8 Ogos 2022
Pingpong 29 Julai - 8 Ogos 2022
Judo 1 - 3 Ogos 2022
Ragbi 7s 29 - 31 Julai 2022
Bola Keranjang 3×3 29 Julai - 2 Ogos 2022
Triatlon 29 - 31 Julai 2022
Gimnastik (Artistic, Rhythmic) 29 Julai - 6 Ogos 2022

Info Penting:
*Jadual acara Sukan Komanwel yang melibatkan kontinjen Malaysia akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Live Streaming Sukan Komanwel 2022 Astro & RTM

Berikut dikongsikan Live Streaming atau Siaran Langsung Sukan Komanwel 2022 di saluran RTM TV1, TV2, TV Okey, Unifi TV dan Astro Arena yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa:

◾RTM KLIK

- Sukan RTM 👉 https://rtmklik.rtm.gov.my/tv/4

- TV Okey 👉 https://rtmklik.rtm.gov.my/tv/3

◾ Astro GO

- Astro Arena 801 & 802

- Laman Web Astro Go 👉 https://astrogo.astro.com.my/

◾Unifi TV

👉 https://unifi.com.my/tv/


Jadual dan Keputusan Acara Sukan Komanwel 2022 Malaysia

*Akan dikemaskini

Info Penting:

*Keputusan acara Sukan Komanwel 2022 akan dikemaskini dari semasa ke semasa


Info Berkaitan:

👉 Senarai Pingat Sukan Komanwel 2022

Semoga perkongsian Jadual Acara Sukan Komanwel 2022 Birmingham ini dijadikan panduan buat semua peminat sukan di Malaysia! Selamat maju jaya buat seluruh kontinjen Malaysia!

No comments

Powered by Blogger.