Jadual Acara SUKMA 2022 (Live Streaming)

Jadual Acara SUKMA 2022 (Live Streaming)|BILAKAH tarikh temasya SUKMA 2022 bakal berlangsung? Untuk makluman anda, temasya Sukan Malaysia 2022 yang juga dikenali sebagai "SUKMA XX" bakal diadakan secara rasmi mulai 16 hingga 24 September 2022 yang bertempat di Kuala Lumpur selaku tuan rumah. Temasya SUKMA 2022 yang juga memasuki edisi kali ke-21 bakal mempertandingkan sejumlah 445 acara dengan membabitkan 31 jenis sukan. Berikut dikongsikan Jadual Acara SUKMA 2022 buat rujukan anda.

Jadual Acara SUKMA 2022 (Live Streaming)

Sedia maklum, Temasya Sukma XX ini dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) dan mempertandingkan 31 jenis sukan melibatkan 16 sukan wajib dan 15 sukan pilihan serta dua sukan demonstrasi silambam dan kabaddi. Maskot SUKMA XX MSN 2022 iaitu ‘Oyen’ yang melambangkan ‘Harimau Malaya’ yang tidak luntur semangat, tabah menghadapi perjuangan. Sebanyak 43 venue pertandingan di lima zon telah dikenal pasti, iaitu Kuala Lumpur (lapan jenis sukan dan dua sukan demonstrasi di 10 venue), Bangi (sembilan sukan di 13 venue), Bukit Jalil (sembilan sukan di 10 venue), Shah Alam (lapan sukan di sembilan venue) dan Pulau Langkawi (perahu layar).

Jadual Acara SUKMA 2022 (Live Streaming)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan jadual dan keputusan acara SUKMA 2022 termasuk live streaming Sukan Malaysia di TV Okey dan Sukan RTM:

Info Penting Sukan Malaysia 2022

Tuan Rumah: Kuala Lumpur
Tarikh: 16 - 24 September 2022
Maskot: Harimau Malaya (Oyen)
Motto: #DemiMalaysia
Jumlah Sukan: 31
Jumlah Acara: 445
Siaran TV: TV Okey dan Sukan RTM

Jadual Lengkap Acara SUKMA 2022

Berikut dikongsikan Senarai Jadual Acara SUKMA 2022 yang membabitkan 31 jenis sukan:

BOLA SEPAK
Tarikh : 12 - 23 September 2022 (12 Hari)
Venue : Stadium Bola Sepak KL, UKM, UiTM, UM, UNITEN

BADMINTON
Tarikh : 20 - 24 September 2022 (5 Hari)
Venue : Axiata Arena, Bukit Jalil

RAGBI
Tarikh : 19 - 22 September 2022 (4 Hari)
Venue : Padang Ragbi, Kompleks Sukan UiTM Shah Alam

HOKI
Tarikh : 15 - 23 September 2022 (9 hari)
Venue : Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil

BERBASIKAL
- [Lebuhraya]
Tarikh : 14 - 17 September 2022 (4 Hari)
Venue : Bandar Baru Sendayan Seremban, Negeri Sembilan

- [BMX]
Tarikh : 17 - 18 September 2022 (2 Hari)
Venue : Arena BMX Nasional, Nilai

- [Trek]
Tarikh : 19 - 22 September 2022 (4 Hari)
Venue : Velodrom Nasional, Nilai

- [MTB]
Tarikh : 22 - 24 September 2022 (3 Hari)
Venue : Taman Cabaran, Putrajaya

SEPAKTAKRAW
Tarikh : 14 - 22 September 2022 (9 Hari)
Venue : Dewan Sri Sarjana, UNITEN

WUSHU
Tarikh : 14 - 16 September 2022 (3 Hari)
Venue : Gimnasium 2, MSN

KARATE
Tarikh : 15 - 17 September 2022 (3 Hari)
Venue : Dewan Kompleks Sukan, UiTM Shah Alam

MUAYTHAI
Tarikh : 17 - 21 September 2022 (5 Hari)
Venue : South City Plaza, Seri Kembangan

TINJU
Tarikh : 17 - 24 September 2022 (8 Hari)
Venue : Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya

JUDO
Tarikh : 20 - 22 September 2022 (3 Hari)
Venue : Dewan Kompleks Sukan UiTM Shah Alam

PENCAK SILAT
Tarikh : 20 - 24 September 2022 (5 Hari)
Venue : Dewan Tuanku Canselor UiTM, Nilai Negeri Sembilan

OLAHRAGA
Tarikh : 15 - 18 September 2022 (4 Hari)
Venue : Stadium Nasional, Bukit Jalil

KERANJANG
- [5 x 5]

Tarikh : 15 - 21 September 2022 (7 Hari)
Venue : Stadium MABA
- [3 x 3]

Tarikh : 22 -23 September (2 Hari)
Venue : Stadium MABA

KRIKET
Tarikh : 15 - 24 September 2022 (10 Hari)
Venue : UKM Oval (Padang 1) & Selangor Turf Club (Padang 2)

PETANQUE
Tarikh : 17 - 23 September 2022 (7 Hari)
Venue : Arena Petanque Kuala Lumpur, Pudu Ulu

LAWN BOWLS
Tarikh : 16 - 24 September 2022 (9 Hari)
Venue : Kompleks Sukan Bukit Kiara

GIMNASTIK
Tarikh : 17 - 19 September 2022 (3 Hari)
Venue : Gimnasium 3, MSN

GIMRAMA
Tarikh : 21 - 23 September 2022 (2 Hari)
Venue : Gimnasium 1, MSN

E-SPORTS
Tarikh : 17 - 19 September 2022 (3 Hari)
Venue : E-Sport Business Network, Quill City Mall, Kuala Lumpur

MEMANAH
Tarikh : 17 - 22 September 2022 (6 Hari)
Venue : Stadium USIM, Nilai Negeri Sembilan

SKUASY
Tarikh : 17 - 23 September 2022 (7 Hari)
Venue : Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil & Pusat Skuasy Jln. Duta KL

TENIS
Tarikh : 17 - 23 September 2022 (7 Hari)
Venue : Kompleks Sukan Jalan Duta, Kuala Lumpur

BOLA TAMPAR
- [Dewan]
Tarikh : 17 - 23 September 2022 (7 Hari)
Venue : Dewan MBSA Seksyen 4 & 19 Shah Alam

- [Pantai]
Tarikh : 18 - 22 September 2022 (5 Hari)
Venue : Gelanggang Bola Tampar Pantai MBSA, Seksyen 19 Shah Alam

PELAYARAN
Tarikh : 18 - 23 September 2022 (6 Hari)
Venue : Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi

TENPIN BOLING
Tarikh : 18 - 22 September 2022 (5 Hari)
Venue : Sunway Megalane, Sunway Pyramid

KANU
Tarikh : 18 - 23 September 2022 (6 Hari)
Venue : Kompleks Sukan Air (KOSA) Presint 6, Putrajaya

MENEMBAK
Tarikh : 18 - 23 September 2022 (6 Hari)
Venue : Lapang Sasar Menembak, Subang

ANGKAT BERAT
Tarikh : 19 - 22 September 2022 (4 Hari)
Venue :  Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya

AKUATIK
- [Renang]
Tarikh : 19 - 23 September 2022 (5 Hari)
Venue : Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil

- [Terjun]
Tarikh : 20 - 22 (September 2022 (3 Hari)
Venue : Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil

BOLA JARING
Tarikh : 19 - 24 September 2022 (6 Hari)
Venue : Stadium Juara, Bukit Kiara

GOLF
Tarikh : 20 - 22 September 2022 (3 Hari)
Venue : Kelab Golf Negara Subang

Info Penting:
*Jadual acara SUKMA 2022 akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Senarai Keputusan Acara Sukan Malaysia 2022

*Akan dikemaskini

Live Streaming Acara Sukan Malaysia 2022

Anda juga boleh tonton SUKMA 2022 secara langsung strim menerusi portal RTM Klik di (rtmklik.rtm.gov.my).

Info Berkaitan:

👉 Kedudukan Pungutan Pingat SUKMA

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan keputusan terkini setiap acara SUKMA 2022, boleh semak di laman web sukma2022.nsc.gov.my

Semoga perkongsian Jadual Acara SUKMA 2022 Sukan Malaysia ini dijadikan panduan buat semua peminat sukan di Malaysia!

1 comment:

  1. Pencak Silat di Dewan Tuanku Canselor USIM, Negeri Sembilan.Bukan Dewan Tuanku Canselor UiTM.... Aduh... cek dulu lokasi betul-betul. Malu je

    ReplyDelete

Powered by Blogger.