Harga Tiket JDT vs Selangor FC Final Piala Malaysia 2022 (Tarikh Jualan)

Harga Tiket JDT vs Selangor FC Final Piala Malaysia 2022 (Tarikh Jualan)|BILAKAH tarikh pembelian tiket perlawanan Akhir Piala Malaysia 2022 antara pasukan JDT menentang Selangor FC bakal dibuka? Saksikan pertembungan hebat antara pasukan JDT FC menentang kelab Selangor FC untuk aksi perlawanan Final Piala Malaysia 2022. Perlawanan ini akan berlangsung pada 26 November 2022, hari Sabtu mulai jam 9:00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Berikut dikongsikan Tarikh dan Harga Tiket JDT vs Selangor FC Final Piala Malaysia 2022 buat rujukan anda.

Harga Tiket JDT vs Selangor FC Final Piala Malaysia 2022 (Tarikh Jualan)

Sedia maklum, tiket untuk perlawanan Akhir Piala Malaysia 2022 antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC akan mula dijual menerusi http://www.tickets.jdtfc.com.my pada 23 November bermula jam 2.00 petang. Setiap penyokong hanya boleh membeli dua tiket sahaja. Bagi pemegang Pas Bermusim boleh masuk ke stadium secara percuma dengan hanya menunjukkan kad keahlian masing-masing.

Harga Tiket JDT vs Selangor FC Final Piala Malaysia 2022 (Tarikh Jualan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh, lokasi dan harga tiket Final Piala Malaysia 2022 yang melibatkan pasukan JDT menentang Selangor FC:

Tarikh Pembelian Tiket Online JDT FC vs Selangor FC 

⬛ 23 November 2022 (Jam 2:00 petang)
⬛ Link Jualan Tiket Online: http://www.tickets.jdtfc.com.my (penyokong JDT) atau www.tickethotline.com.my (penyokong Selangor FC)

Kategori Harga Tiket Final Piala Malaysia 2022

        Kategori                                       Harga

⬛ VIP Grandstand                           RM200
⬛ Premium Grandstand (PG)       RM150
⬛ General Admission (GA)          RM70/ RM50

Jumlah Peruntukan Kuota Tiket Setiap Pasukan

⬛ JDT FC - 39,000 Tiket
⬛ Selangor FC - 39,000 Tiket

Info Penjualan Tiket Final Piala Malaysia 2022 Bagi Penyokong JDT FC

- Pemegang Pas Bermusim boleh membeli tiket bermula 22 November jam 2.00 petang. Tiket Awam [penjualan umum] akan mula dijual pada 23 November 2022, jam 2.00 petang.

- Setiap penyokong hanya boleh membeli dua tiket sahaja. Tiket-tiket perlawanan akan dijual pada harga RM50, RM70, RM150 [Premium Grandstand] dan RM200 [VIP Grandstand] mengikut tier yang ditetapkan oleh Malaysian Football League. 

- Pembelian tiket secara dalam talian [online] adalah melalui laman sesawang TicketHotline di pautan www.tickets.jdtfc.com.my 

- Penyokong juga boleh membeli tiket-tiket RM50 di semua Pejabat Daerah bermula 23 November, jam 2.00 petang. Tiket-tiket di setiap daerah adalah terhad.

Info Penjualan Tiket Final Piala Malaysia 2022 Bagi Penyokong Selangor FC

- Pemegang Pas Bermusim boleh membeli tiket bermula 23 November jam 10.30 pagi. Tiket Awam [penjualan umum] akan mula dijual pada 24 November 2022, jam 10.30 pagi. 

- Tiket-tiket perlawanan akan dijual pada harga RM50, RM70, RM150 [Premium Grandstand] dan RM200 [VIP Grandstand] mengikut tier yang ditetapkan oleh Malaysian Football League. 

- Pembelian tiket secara dalam talian [online] adalah melalui laman sesawang TicketHotline di pautan www.tickethotline.com.my

Semoga perkongsian Harga Tiket JDT vs Selangor FC Final Piala Malaysia 2022 ini dijadikan panduan buat peminat bolasepak di Malaysia!

No comments

Powered by Blogger.