Senarai Kasut Hiking Terbaik & Murah Malaysia 2024 (Jenama)

Senarai Kasut Hiking Terbaik & Murah Malaysia 2024 (Jenama)|ANDA seorang pengemar sukan lasak dan melakukan aktiviti hiking di luar? Apakah jenama kasut Hiking Terbaik di pasaran Malaysia bagi tahun 2024? Perhatian buat anda pencinta dunia hiking yang ingin ketahui Senarai Kasut Hiking Terbaik & Murah Di Malaysia tahun 2024. Berikut dikongsikan Senarai Kasut Hiking Terbaik & Murah Malaysia 2024 buat rujukan anda.

Senarai Kasut Hiking Terbaik & Murah Malaysia 2023 (Jenama)

Sedia maklum, aktiviti lasak seperti mendaki/hiking bukit, gunung atau meredah hutan boleh dijadikan aktiviti menghilangkan stres malah mungkin menjadi ‘ketagihan’ pada seseorang. Tetapi aktiviti ini tidak akan mendatangkan keseronokan jika anda tidak memakai tapak kasut hiking yang tepat dan sesuai. Ini kerana pemilihan kasut adalah penting supaya kaki tidak mudah terseliuh, lenguh, sakit, atau melecet ketika melakukan aktiviti pendakian atau hiking. Sebelum anda membuat pembelian atau pilihan kasut hiking, terdapat beberapa aspek penting yang anda perlu mengambil kira seperti bahan, saiz dan juga harga.


Senarai Kasut Hiking Terbaik & Murah Malaysia 2024 (Jenama)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Senarai Kasut Hiking Terbaik & Murah Di Malaysia termasuk jenama kasut hiking:


Senarai Jenama Kasut Hiking Terbaik & Murah 2024

1. Timberland Men Lincoln Peak Waterproof Hiking Boots

Senarai Kasut Hiking Terbaik & Murah Malaysia 2023 (Jenama)

Kasut Hiking Timberland ini sememangnya mahal namun ia tidak menghalang anda untuk melakukan aktiviti luar atau hiking walaupun hujan kerana mempunyai ciri kalis air yang baik.

Ia diperbuat daripada 50% plastik yang dikitar semula dan cengkaman tapak pada tanah sangat kuat sebab bahagian tapak kasut diperbuat daripada getah. Ia lebih stabil dan tidak mudah tergelincir ketika sedang mendaki bukit. 


2. Neckermann Men & Women’s Unisex Tornado Hiking Outdoor Shoes

Senarai Kasut Hiking Terbaik & Murah Malaysia 2023 (Jenama)

Kasut hiking ini sangat sesuai untuk digunakan ketika melakukan aktiviti luar seperti mendaki, trekking dan sebagainya. Reka bentuknya yang mempunyai tekstur triple-tone dengan logo Neckermann ikonik di sisi serta dilengkapi ‘knitted textile’ telah menjadikannya antara kasut mendaki yang paling digemari oleh ramai pengguna.

Antara kelebihan kasut hiking ini adalah ia lebih ringan dan juga mempunyai lapisan mesh.


3. HUMTTO Leather Waterproof Hiking Shoes

Senarai Kasut Hiking Terbaik & Murah Malaysia 2023 (Jenama)

Kasut ini dilengkapi dengan bahagian atas yang mempunyai jaringan fabrik yang halus dan ringan. Ia membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik serta membuatkan kaki anda kering semasa atau setelah melakukan pendakian dalam masa yang lama. 


4. CONELI Sport Hiking Shoes Men 

Senarai Kasut Hiking Terbaik & Murah Malaysia 2023 (Jenama)

CONELI Sport Hiking Shoes Men ini amat sesuai dipakai untuk sebarang aktiviti sukan atau aktiviti luar. Kasut ini diperbuat daripada lapisan mesh, membolehkan proses pengudaraan dan penyejatan peluh berlaku dengan baik. Selain itu, kasut ini juga didatangkan dengan pelbagai pilihan warna yang menarik yang menjadi pilihan anda.


5. Decathlon Men Lightweight Waterproof Hiking Shoes

Senarai Kasut Hiking Terbaik & Murah Malaysia 2023 (Jenama)

Kasut hiking Decathlon untuk lelaki ini mempunyai ciri kalis air yang baik untuk melakukan aktiviti luar dengan kaki yang selesa walaupun dalam keadaan hujan.

Tapak kasut hiking ini juga mempunyai cengkaman yang bagus dan boleh memberi pergerakan anda stabil walaupun bergerak dalam lumpur. Manakala, bahagian pelapik dalam kasut diperbuat daripada EVA foam boleh mengelakkan pemakai daripada merasai bendasing keras ketika melalui kawasan berbatu.


Artikel Berkaitan:

👉 Kasut Badminton Murah dan Terbaik

👉 Kasut Futsal Terbaru dan Terbaik

Semoga perkongsian Senarai Kasut Hiking Terbaik & Murah Malaysia 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.