Kedudukan Senarai Pingat Sukan Asia 2023 (Emas Perak Gangsa)

Kedudukan Senarai Pingat Sukan Asia 2023 (Emas Perak Gangsa)|TEMASYA Sukan Asia 2023 Hangzhou yang juga memasuki edisi kali ke-19 secara rasmi bakal berlangsung mulai 23 September 2023 dan berakhir pada 8 Oktober 2023 yang bertempat di Hangzhou, China. Daripada keseluruhan acara sukan yang dipertandingkan, Malaysia yang terdiri daripada 292 atlet menyertai sebanyak 29 acara merangkumi 23 jenis sukan. Berikut dikongsikan Kedudukan Senarai Pingat Sukan Asia 2023 buat rujukan anda.

Kedudukan Senarai Pingat Sukan Asia 2023 (Emas Perak Gangsa)

Pada edisi kali ini, Malaysia tidak meletakkan sasaran pingat secara spesifik sebaliknya hanya menyasarkan sebanyak 27 pingat tanpa mengira warna secara kutipan keseluruhannya. Pada Sukan Asia 2018 di Palembang-Jakarta, Indonesia, kontinjen Malaysia hanya sekadar di kedudukan keseluruhan selaku tempat ke-14 dengan membawa pulang 36 pingat yang terdiri daripada 7 emas, 13 perak dan 16 gangsa. Mampukah Malaysia mencapai sasaran pungutan pingat untuk temasya Sukan Asia 2023?

Kedudukan Senarai Pingat Sukan Asia 2023 (Emas Perak Gangsa)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan senarai pungutan dan kedudukan terkini pingat emas, perak dan gangsa Sukan Asia 2023 Hangzhou:

Info Penting Sukan Asia Hangzhou 2023

◾Tarikh Pembukaan: 23 September 2023
◾Tarikh Penutupan: 8 Oktober 2023
◾Jumlah Penyertaan Atlet: -
◾Jumlah Acara Sukan Dipertandingkan: 481 acara dari 40 jenis sukan
◾Motto: Heart to Heart @ Future

Senarai Pingat Malaysia Sukan Asia 2023 (TERKINI)

POS.   NEGARA      G       S       B      JUMLAH

1. China                   177    96     53         326
2. Japan                    41     52     59         152
3. Korea                    33     47     75         155
4. India                     21     32     32          85
5. Uzbekistan          17     16     22          55
6. C. Taipei               15     15     23          53
14. MALAYSIA         5        6      17          28

Last Updated: 5 Oktober 2023 (8:30 p.m)

Info Penting:
*Jumlah pungutan dan kedudukan pingat emas, perak dan gangsa Sukan Asia 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Senarai Keputusan Atlet Malaysia Sukan Asia 2023

Berikut dikongsikan Senarai Keputusan Atlet Malaysia di Sukan Asia 2023 Hangzhou secara langsung (live score):

Pingat Emas🥇

- Nur Shazrin Mohamad Latif (Pelayaran - Women's Single Dinghy - ILCA6)
- Mohd Qabil Ambak (Equestrian - Dressage Individual)
- Skuasy - Berpasukan Wanita
- Sivasangari Subramaniam (Skuasy - Perseorangan Wanita)
- Ng Eain Yow (Skuasy - Perseorangan Lelaki)

Pingat Perak🥈

- Tan Cheong Min (Wushu - Women's Nanquan & Nandao All-Round)
- Esports (Arena Of Valor)
- Sepak Takraw (Regu Berpasukan Lelaki)
- Ng Yan Yee dan Nur Dhabitah Sabri (Terjun - 3m Papan Anjal Seirama Wanita)
- Aifa Azman & Syafiq Kamal (Skuasy - Beregu Campuran)
- Anne Robberth Lovelly (Karate - Kata Individu Wanita)

Pingat Gangsa🥉

- Muhammad Asnawi Iqbal Adam (Pelayaran - Boy's Dinghy - ILCA4)
- Tengku Nurani Ezaty Tengku Khairudeen (Pelayaran - Women's Windsurfing RSX)
- Berbasikal Trek - Men's Team Sprint
- Berbasikal Trek - Women's Team Sprint
- Shah Firdaus Sahrom (Berbasikal Trek - Men's Sprint)
- Sharul Aimy (Artistic Gymnastic - Men's Vault)
- Shah Firdaus Sahrom (Berbasikal Trek - Keirin Lelaki)
- Squasy - Lelaki Berpasukan
- Pandalela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri (Terjun - 10 Meter Platform Seirama Wanita)
- Shereen Vallabouy (Olahraga - 400m Wanita)
- Syafiq Puteh dan Ooi Tze Liang (Terjun - 3m Papan Anjal Seirama)
- Azeem Fahmi (Olahraga - 100m Lelaki)
- Enrique Maccartney dan Bertrand Rhodict (Terjun - 10m Platform Seirama Lelaki)
- E-Sports - Dota 2
- Pandalela Rinong (Terjun - 10m Platform Wanita)
- Olahraga - 4x100m Wanita
- Memanah - Compound Berpasukan Lelaki

Info Penting:

*Senarai pemenang atlet Malaysia Sukan Asia 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Sukan Asia 2023, ikuti perkembangan terkini dan keputusan rasmi atlet negara di Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia atau laman web rasmi laporan harian atlet negara di https://ag2023.nsc.gov.my/.

Semoga perkongsian Kedudukan Pungutan Pingat Sukan Asia 2023 ini dijadikan rujukan buat semua peminat sukan di Malaysia!

No comments

Powered by Blogger.