KAFA Bakal Memperkenalkan Logo Baharu Pasukan TRW

KAFA Bakal Memperkenalkan Logo Baharu Pasukan TRW|PERSATUAN Bolasepak Kelantan (KAFA) bakal memperkenalkan logo baharu pasukan The Red Warriors (TRW) sebelum menjelang Liga Malaysia (Liga-M) nanti. Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, logo berkenaan kini dalam proses pengubahsuaian dan akan diperkenalkan tidak lama lagi.

KAFA Bakal Memperkenalkan Logo Baharu Pasukan TRW

Katanya, pertukaran logo berkenaan bertujuan memberi nafas baharu buat pasukan dan penyokong seiring dengan hasrat untuk melihat kebangkitan pasukan itu musim depan.

"Dengan lambang baharu di dada, kita berharap memberi suntikan semangat baharu kepada pemain serta penyokong yang sentiasa berada dibelakang pasukan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan pasukan itu bakal menukar nama TRW kepada Kelantan Red Warriors (KRW) musim depan.

Mengulas lanjut mengenainya, Bibi Ramjani berkata nama TRW masih kekal digunakan berikutan ia adalah nama syarikat dibawah kelolaan KAFA.

"Tidak, nama kita kekalkan dengan TRW kerana ia nama syarikat di bawah KAFA," katanya.

Dalam perkembangan lain, Bibi Ramjani yang juga pengerusi TRW turut memaklumkan pihaknya menerima perkembangan positif mengenai tajaan daripada syarikat minuman probiotik, Yakult yang berkemungkinan diteruskan pada musim hadapan.

"Semalam saya sudah berunding dengan pihak Yakult mengenai tajaannya kepada pasukan Kelantan dan ia mencapai kata positif, selepas ini KAFA akan menawarkan kontrak tajaan bagi musim depan kepada mereka," katanya.

Sumber: BH Online

No comments

Powered by Blogger.