Cara Daftar dan Langgan Sooka 2024 Online (Harga Pakej)

Cara Daftar dan Langgan Sooka 2024 Online (Harga Pakej)|APA itu Aplikasi Sooka Malaysia? Bagaimana cara langgan pakej Aplikasi Sooka? Panduan buat anda yang ingin ketahui cara daftar dan langgan Aplikasi Sooka secara online. Untuk makluman anda, Aplikasi Sooka menawarkan pelbagai variasi filem serta drama bersiri yang menepati citarasa rakyat Malaysia. Berikut dikongsikan Cara Daftar dan Langgan Sooka 2024 Online buat rujukan anda.

Cara Daftar dan Langgan Sooka 2023 Online (Harga Pakej)

Sedia maklum, Sooka merupakan satu aplikasi penstriman yang dilancarkan oleh Astro ini turut menawarkan beberapa rancangan istimewa daripada Astro seperti MeleTOP, All Together Now, Astro Awani, drama bersiri Astro Originals dan macam-macam lagi. Apa yang menariknya, sooka menawarkan pengguna strim lebih 4000+ koleksi kandungan rancangan percuma dan boleh upgrade ke plan VIP dengan harga yang sangat murah.


Cara Daftar dan Langgan Sooka 2024 Online (Harga Pakej)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Daftar dan Langgan Sooka Malaysia Online termasuk harga langganan Pakej Sooka:


Cara Daftar Sooka Malaysia Online

Berikut dikongsikan Cara Daftar Aplikasi Sooka Malaysia secara online:

1. Muat turun Aplikasi Sooka di Google Play Store atau App Store. Anda juga boleh layari Portal Rasmi Sooka menerusi pautan di https://sooka.my

2. Di halaman Home, klik pada bahagian ‘Profile.

3. Kemudian, tekan ‘Sign up’ untuk mendaftar. Masukkan butiran yang diperlukan dan ‘tickkan pada kotak ‘I agree to the Terms and Conditions’.

4. Klik butang ‘Continue’ dan satu pop-up akan terpapar untuk pengesahan keluar. 

5. Masukkan 6-digit nombor OTP yang telah dihantar ke e-mel atau nombor telefon anda.

6. Klik pada butang "Continue" untuk lengkapkan pendaftaran anda.

Cara Daftar dan Langgan Sooka 2023 Online (Harga Pakej)


Pelan Bulanan & Harga Langganan Sooka

Berikut dikongsikan Pelan Bulanan dan Harga Langganan Sooka:

 Pek Langganan Harga (+6% cukai digital)

    (bulanan)

- VIP Entertainment   RM 15 + 6% = RM 15.90

- VIP Sports RM 41.90 + 6% = RM 41.90

- VIP TV (monthly) RM 62.90 + 6% = RM 62.90

- Liga Malaysia Pass  RM 28.90 + 6% = RM 28.90


Cara Langgan Sooka Secara Online

Untuk melanggan pek bulanan SookaMY, berikut adalah cara langgan Sooka:

1. Buka Aplikasi Sooka Malaysia atau layari pautan di https://sooka.my

2. Tekan butang More yang terletak di bahagian bawah.

3. Kemudian, pilih "Subscription Packs" dan tekan Choose Me untuk mula langgan plan yang anda mahukan.

4. Satu pop-up untuk pembayaran akan muncul. Teruskan dengan klik pada butang ‘Proceed’.

5. Masukkan butiran lengkap bagi kad debit atau kad kredit anda. 

6. Masukkan alamat e-mel anda dan tekan ‘Proceed to Pay’. Masukkan nombor OTP yang dihantar ke telefon bimbit anda dan klik Submit untuk selesaikan pembayaran.

Cara Daftar dan Langgan Sooka 2023 Online (Harga Pakej)


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Aplikasi Sooka, sila hubungi bahagian khidmat pelanggan di alamat e-mel support@sooka.my.

Twitter: https://twitter.com/sookamalaysia/

Instagram: https://www.instagram.com/sookamalaysia/

Facebook: http://facebook.com/sooka.malaysia

Semoga perkongsian Cara Daftar dan Langgan Sooka Malaysia ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.